Bermula sejak jam 6 petang, dalam 400 orang dari ahli TTCCPT dan rakan-taulan mula berkumpul untuk melihat jentera-jentera penunda masing-masing di samping menghadiri majlis rasmi tersebut.
Turut membantu majlis tersebut ialah Persatuan Trak Tunda dan Pembawa Kenderaan (Car Carrier) 1Malaysia (1MTTCC).
Agensi kerajaan yang hadir pula ialah JKJR, PDRM, Jabatan Bomba, JPAM dan juga Lion's Group dan St John's.
Ternyata meriah, dengan pameran trak-trak penunda yang bukan sering kita dapat lihat.
Jurufoto profesional Shah Adam berada di lokasi untuk laporan bergambar beliau.
Terima kasih kepada pihak 1MTTTCC kerana turut menjemput Careta untuk hadir sama.