Bila pelumba MotoGP disengat penyengat

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pelumba MotoGP Cal Crutchlow menjadi pelumba sensasi semalam bila kamera yang diletakkan pada motosikal beliau merekodkan aksi Crutchlow menumbuk-numbuk langit seperti diserang sawan. Crutchlow kemudiannya menunggang keluar dari litar perlumbaan tersebut ketika perlumbaan kelayakan Grand Prix Sepanyol dan kelihatan cuba henak membuka suit perlumbaan beliau. Semasa sidang media selepas itu, Crutchlow menerangkan bahawa aksi beliau awal tadi disebabkan oleh penyengat yang menyengat beliau sebanyak lima kali - dari dada dan kemudian ke lengan. Disengat penyengat atau tidak, Crutchlow masih mampu mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan kelayakan itu. Sayangnya, beliau terjatuh semasa perlumbaan sebenar. Mungkin ada lagi penyengat yang tertinggal di dalam seluarnya. [caption id="attachment_29496" align="aligncenter" width="620"]Gambar dari Daily Mirror Gambar dari Daily Mirror[/caption]