Bila Mercedes-Benz terjebak masuk kelab 4X4 ...

oleh HEZERI SAMSURI|
Adalah satu perkara normal bila pemilik trak pikap atau 4X4 diracun untuk melakukan modifikasi bila masuk ke kelab-kelab pemilik.

Racun itu pasti, kata ahli-ahli kelab dan ini kemungkinan yang terjadi bila Mercedes-Benz terjebak dalam senario 4X4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model konsep EQC 4x4² yang menggunakan platform EQC400 4Matic ini menggunakan sistem pacuan dua motor elektrik yang menghasilkan 408 hp dan 762 Nm dari bateri lithium-ion 80-kWh dengan transmisi 1-kelajuan.

EQC 4x4² (disebut Four By Four Squared) ini sengaja diberikan konsep agresif yang menunjukan bahawa Mercedes-Benz bakal memperkenalkan satu lagi cabang jenamanya dari keluarga G, sama seperti AMG dan Maybach.

 

 

Model elektrik ini juga seperti mahu mengingatkan Tesla dan Rivian bahawa Mercedes-Benz tidak mahu duduk diam dan mampu menghasilkan kenderaan elektrik dengan kepakaran pembuatan kenderaan selama lebih dari 100 tahun. 

Dari segi bentuk, EQC 4x4² ini nampak lebih mudah diterima kebanyakan konsumer, kecuali mereka yang lahir di planet Marikh dan gemarkan Cybertruck yang direka menggunakan pembaris dan kotak kasut Warrior atau Rivian RT 1 yang ayu itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…