Bila enjin kapalterbang tak cukup gempak - sumbat rim hubless 36-inci!

oleh HEZERI SAMSURI|
Motosikal dengan enjin kereta tidaklah begitu menghairankan.

Ramai yang dah melakukannya dan terus-terang, ia tidak begitu glamour lagi. Mungkin di belakang rumah makcik anda pun ada yang sedang membina motosikal dengan enjin kereta.

Tarso Marques mungkin mempunyai pendapat yang sama dan kerana itu, beliau menggunakan sebauh enjin 6-silinder "flat" kapalterbang Rolls Royce yang menghamburkan 300 hp!

Tarso yang berasal dari Brazil menghasilkan TMC Dumont ini dengan enjin yang popular pada kapalterbang di zaman 1960-an.

 

 

Nama TMC Dumont itu diambil sempena Alberto Santos-Dumont, pengasas aeronautikal Brazil yang dipercayai mungkin mencipta kapal terbang lebih awal dari keluarga Wright di Amerika Utara.

Selain dari enjin 300 hp itu, Alberto tetap tidak puas hati dan kerana itu beliau mereka-cipta rim tanpa hab atau hubless dengan saiz 36-inci.

 

 

Rim itu sebenarnya melendut walaupun motosikal itu dalam keadaan pegun. Tak apa, janji cantik bukan?

Dan Tarso itu?

Beliau sebenarnya bekas pelumba Formula 1 yang juga pembina motosikal custom terkenal di negaranya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan SCMP.com, kilang itu bakal beroperasi dalam masa kurang dari dua tahun. Menurut…
Berita Global
Menyedari kepentingan segmen tersebut terutama di Brazil, Volkswagen kini membawakan model baharu…
Informasi
  Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak…