"Bikin kereta bukan kerja mudah!" Akio Toyoda beri amaran kepada Apple

oleh Mohamad Hanif|
Langkah Apple untuk menyertai industri automotif mengundang reaksi yang pelbagai, termasuklah presiden Toyota itu sendiri, Akio Toyoda.

Dalam satu sidang media yang diadakan oleh Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) baru-baru ini, Akio Toyoda memberi amaran kepada Apple bahawa memasuki perniagaan penghasilan kenderaan merupakan satu cabaran yang besar.

Beliau menambah, walaupun industri automotif gembira untuk menyambut kehadiran pesaing baharu, "saya mahu mereka (Apple) bersedia untuk berurusan dengan pelanggan, dan pelbagai cabaran selama lebih kurang 40 tahun."

Dalam ucapannya, Akio Toyoda berterusan mengatakan firma teknologi baharu mempunyai potensi untuk memberikan nafas baharu kepada industri automotif dan memberikan pelanggan pilihan yang lebih meluas.

Laporan daripada Bloomberg turut memetik, syarikat-syarikat ini perlu bersedia untuk bertanggungjawab terhadap kitaran keseluruhan kenderaan mereka, termasuklah penyelenggaran dan pelupusan.

Ketika sesetengah pakar di dalam industri berpendapat kemasukan Apple mampu mengubah landskap seperti apa yang telah dilakukan sebelum ini, ketua eksekutif Volkswagen Herbert Diess memberitahu media "mereka tidak mampu untuk menguasai industri automotif hanya dalam masa semalaman."

Apple sebelum ini dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Hyundai dan Kia, sebelum ia dinafikan dalam satu laporan yang berbeza, sementara cakap-cakap berkenaan kerjasama antara Apple dan Nissan juga telah ditolak oleh Ketua Pegawai Operasi Nissan, Ashwani Gupta.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Idea tersebut mungkin sangat dialu-alukan oleh golongan petrolhead yang mahu berhijrah kepada…
Berita Global
Biarpun Toyota kini sudah pun mempunyai barisan kereta sports yang ampuh seperti GR Supra, GR…
Berita Global
Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan…