'Big Four' Jepun bakal laksanakan ujian sistem bateri mudah ganti untuk skuter elektrik di Osaka

oleh Mohamad Hanif|
Bulan April tahun lalu, empat syarikat motosikal utama Jepun - Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki - bekerjasama membentuk satu konsortium bagi membangunkan teknologi bateri mudah ganti untuk skuter elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Setelah setahun lebih berlalu, keempat-empat syarikat tersebut mula mengorak langkah untuk mara ke fasa seterusnya - pengujian berskala besar yang bakal berlangsung pada bulan ini.

Di bawah projek "e-Yan Osaka", konsortium pengeluar motosikal Jepun itu bakal berkolaborasi dengan Universiti Osaka serta Wilayah Osaka di mana mereka akan membekalkan skuter elektrik kepada para pelajar dan pekerja Universiti untuk kegunaan seharian.

 


Stesen pengecasan juga akan dibina, di mana setiap aspek dan kelemahan sistem penukaran bateri mudah ganti tersebut akan dipantau dari masa ke semasa.

Sistem penukaran bateri pantas ini bukanlah satu teknologi baharu, memandangkan sebelum ini ia pernah dipopularkan oleh syarikat Taiwan Gogoro pada tahun 2015, sebelum gergasi skuter negara tersebut, KYMCO memperkenalkan skuter Ionex - juga dengan teknologi yang serupa.

 


Masalah jarak pengoperasian mungkin tidak menjadi sebarang masalah buat kereta elektrik, namun bagi motosikal elektrik ia masih lagi menjadi satu kebimbangan besar di kalangan para pemilik.

Walaupun dengan teknologi bateri yang semakin besar, anda mungkin tidak akan mencapai jarak operasi yang sama seperti motosikal berkuasa petrol.

Dengan adanya teknologi bateri mudah ganti ini, para pemilik skuter elektrik tidak lagi perlu bimbang dengan masalah kekurangan stesen pengecasan, selain menghabiskan masa menunggu untuk mengecas kenderaan anda sehingga kapasiti penuh.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Zypp Electric merupakan syarikat India yang menawarkan platform EV-as-a-Service, dengan memfokuskan…
Berita Global
Ini mungkin satu berita yang paling besar dan paling penting dalam sejarah motosikal dunia.  Empat…