Big Blue bakal lancar perkhidmatan seru-pandu EV Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini Big Blue antara yang lantang memberikan komen berkenaan aplikasi e-hailing, kali ini mereka bakal hadir dengan aplikasi yang serupa, namun dengan menggunakan khidmat kereta elektrik (EV). 

Empat buah kenderaan daripada segmen berlainan bakal ditawarkan, iaitu segmen kompak, segmen sedan, MPV dan SUV di mana kesemua kenderaan ini diperoleh daripada jenama China, iaitu Zeno. 

Antara ciri istimewa Big Blue Taxi adalah ia dilengkapi sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV), kamera papan pemuka (dashcam), butang kecemasan yang terus berhubung kepada pihak keselamatan serta perlindungan insurans.

Sebelum Julai 2019, Big Blue dijangka mengeluarkan 1,000 unit sehingga 5,000 unit kenderaan untuk beroperasi sepenuhnya di Malaysia.

Antara lokasi tumpuan Big Blue Taxi adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang , Kuantan dan juga Pulau Langkawi.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…