Big Bike Warehouse tawar promosi menarik hujung minggu ini!

oleh SALINA JALIL|
Satu acara jualan gudang yang diberi nama Big Bike Warehouse akan berlangsung pada 6 sehingga 8 Mac ini bertempat di Warehouse 15 (atau lebih dikenali sebagai Gasket Alley) dari jam 10 pagi sehingga 7 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep jualan Big Big Warehouse ini amat menarik kerana pelbagai jenama motosikal seperti Harley-Davidson, Ducati, Kawasaki, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa dan Modenas serta aksesori berkaitan motosikal seperti Givi, Hypergear, Alpinestar, Akrapovic, Petronas dan Riders Garage turut ditawarkan.

Sekiranya anda meminati dan mencari topi keledar (helmet) dari jenama seperti HJC, KYT, Simpson, Bell dan Ruby, anda pasti berpuas hati dengan opsyen yang ditawarkan di sini. 

Selain itu, terdapat pemeriksaan percuma untuk sistem suspensi motosikal anda dari K-Tech bagi memastikan keselamatan anda di jalan raya. 

Sekiranya anda berminat untuk 'membeli-belah' di acara jualan ini tetapi akaun simpanan wang anda agak 'nazak', pihak AEON Credit berbesar hati membantu anda dan mereka bersedia menanti anda di sana. 

Jemput hadir ke Warehouse 15 yang terletak di bahagian belakang Gasket Alley, Seksyen 13, Petaling Jaya walaupun sekadar mencuci mata, dengan keluasan gudang yang bersaiz 11,000 kaki persegi, hampir mustahil anda tidak menemuinya.

Paling mudah guna saja aplikasi Waze, pasti ia memudahkan perjalanan anda.