Bidaan plet RAJ kutip RM3.48 juta, UniMAP lancar siri UR

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari JPJ Perlis
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengutip hasil bidaan sebanyak RM3.48 juta bagi nombor pendaftaran RAJ sepanjang tempoh lima hari bermula pada 18 Februari lalu.


Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata berdasarkan rekod, nilai tertinggi bagi siri nombor itu adalah bagi pendaftaran RAJ 1 dengan bidaan RM202,670.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini hingga 22 Februari lalu dan menerima pembida sebanyak 4,026 dengan jumlah bidaan sebanyak RM 3,486,332.

 

"Selain RAJ 1 yang mendapat sambutan tertinggi, plat RAJ 5 juga mencatat jumlah bidaan kedua tertinggi sebanyak RM 101,780 dan diikuti RAJ 3 sebanyak RM 81,000," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Jumlah pembida yang berjaya dalam siri nombor pendaftaran berkenaan adalah seramai 2,333 orang.

 

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut melancarkan siri nombor pendaftaran khas universiti berkenaan semalam.

 

Siri UR1 hingga UR9999 boleh dibida bermula hari ini  hingga 4 Mac hadapan.

 

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad, berkata walaupun UniMAP bukanlah universiti pertama yang melancarkan nombor pendaftaran khas ini, ia tetap mempunyai keistimewaannya tersendiri.

 

"Kombinasi kedua huruf UR ini diambil bagi mewakili huruf U yang juga adalah awalan perkataan UniMAP manakala R adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri Perlis yang juga identiti negeri Perlis," katanya.

 

UniMAP menyasarkan penjualan siri nombor pendaftaran berkenaan mampu mencecah RM10 juta dan proses bidaan dikendalikan oleh syarikat yang dilantik, Aquatwo Sdn Bhd.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…