Bidaan nombor plat siri "FF" catat kutipan RM34.2 juta, tertinggi dalam sejarah JPJeBid

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Gambar Bernama
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dalam satu sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa nombor plat siri "FF" telah merekodkan pembidaan dan hasil kutipan keseluruhan sebanyak RM34,296,327.

Jumlah tersebut menjadikan nombor plat siri "FF" dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah sistem JPJeBid semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2019.

Berdasarkan rekod bidaan, FF8 merupakan Nombor Pendaftaran Kenderaan yang telah dibida dengan harga paling tinggi, dimana ia mencatatkan nilai RM950,000.

Ia diikuti oleh FF9 ditempat kedua dengan nilai RM911,999, FF3 ditempat ketiga dengan nilai RM639,000, FF2 ditempat keempat dengan nilai RM638,000 dan FF7 ditempat kelima dengan nilai RM633,000.

Nombor plat siri "FF" juga mencatatkan seramai 34,032 orang pembida keseluruhan, dengan seramai 8,348 orang pembida yang telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebanyak 87 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 40 notis dan 26 saman dikeluarkan…
Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  "Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi…