Bidaan KFA cuma cecah 1.2 juta, nombor pendaftaran KFC bakal ditender

oleh SALINA JALIL|
Siri nombor pendaftaran baharu, KFA yang mempunyai akronim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak mencapai sasaran kutipan tender bidaan melebihi RM2 juta selepas dibuka pada 12 November lalu.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ismasuhaimi Shariff berkata, setakat ini, kutipan tender untuk nombor pendaftaran itu sekadar mencecah RM1.2 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketika ini kita sudah melancarkan tender bidaan untuk nombor pendaftaran  KFB manakala KFA pula cuma tinggal baki. 

 

“Antara faktornya mungkin kerana kita melancarkan tender nombor pendaftaran itu sehari selepas nombor pendaftaran PPP dilancarkan di Pulau Pinang. 

 

“Nombor pendaftaran PPP itu mencatat jualan hingga RM8 juta menyebabkan jualan nombor pendaftaran KFA ini menjadi agak perlahan,” katanya melakukan tinjauan pelaksanaan Operasi Ambang Tahun Baharu 2021 di Persimpangan Bandar Darul Aman, Jitra dekat sini, malam tahun baru.

 

Operasi empat jam bermula pukul 8 malam hingga pukul 12 tengah malam yang dilaksanakan secara bersepadu itu melibatkan 104 anggota JPJ, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Ismasuhaimi berkata, tidak lama lagi JPJ Kedah akan membuka tender bidaan satu lagi nombor pendaftaran yang dijangka menarik perhatian iaitu KFC.

 

“Insya-Allah nombor pendaftaran bagi siri KFC itu dapat menarik perhatian banyak pihak.

 

 “Setakat ini jualan tertinggi adalah siri nombor pendaftaran  KEN yang mencecah hingga RM4.8 juta,” ujarnya.

 

Mengulas mengenai pelaksanaan operasi tersebut, beliau berkata, sebanyak 1,530 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut.

 

“Sebanyak 385 saman dikeluarkan dengan 21 kenderaan disita melibatkan 3 buah kereta dan 18 motosikal.

 

“Antara jenis kesalahan yang diambil tindakan adalah lesen memandu tamat tempoh, tamat cukai jalan, insurans tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain kesalahan teknikal,” katanya.

 

 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita lihat, jumlah peratusan itu sangat tinggi dan mereka ini (penunggang warga asing) tidak…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Kedah Abdul Rahman Emang Anyie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman…
Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…