BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M kini boleh didapati di semua stesen

oleh SALINA JALIL|
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mengumumkan bahawa petrol Infiniti RON95 keluarannya kini telah dinaik taraf kepada Euro4M, sejajar dengan arahan pihak kerajaan supaya semua syarikat petroleum membekalkan RON95 gred Euro4M bermula 1 Januari 2020 lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd. , Ir. Azizul Azily Ahmad berkata, “lori tangki kami telah pun membuat penghantaran  BHPetrol Infiniti RON95 Euro4M ke stesen di seluruh negara sejak minggu-minggu terakhir 2019. Kami berbangga untuk mengesahkan bahawa stesen BHPetrol kami di seluruh negara kini membekalkan petrol Infiniti RON95 dengan standard Euro4M.” 

 

Dengan penggunaan Euro4M, kandungan sulfur berkurangan sehingga 50 bahagian per juta (ppm) dari 500 ppm yang dibenarkan bagi standard Euro2M. Kandungan sulfur lebih rendah akan menghasilkan pelepasan ekzos yang lebih bersih, mengurangkan tahap asid enjin dan sistem penghantaran bahan api yang tidak tersumbat.

 

Seperti Infiniti RON97 Euro4M, petrol RON95 Euro4M turut mengandungi aditif berprestasi tinggi pada kekuatan maksimum iaitu 800 ppm. Aditif ini mempunyai pelbagai fungsi seperti membersih dan mencegah pembentukan deposit dan mengurangkan geseran dalaman.

 

Bahan api petrol Infiniti RON95 Euro4M boleh didapati di semua 400 stesen BHPetrol di seluruh negara.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Program yang telah berlangsung pada 9 Oktober 2019 telah diadakan di SK Kementah Kuala Lumpur,…
Informasi
Pemilihan acara mencari harta karun ini adalah sesuatu yang luar biasa dan di luar jangkaan dimana…