BF Goodrich perkenal wiper kegunaan off-road

oleh Mohamad Hanif|
Jenama BF Goodrich lebih dikenali sebagai pakar penghasil produk tayar-tayar kegunaan off-road, namun baru-baru ini, jenama tersebut tampil dengan sebuah produk yang tidak dijangka ramai - wiper.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wiper pengelap cermin tersebut bukanlah wiper untuk kegunaan seharian, sebaliknya ia lebih dikhususkan untuk kegunaan off-road.

 


Walaupun bersifat sebagai sebuah komponen yang digunakan untuk mengalihkan halangan penglihatan daripada cermin, BF Goodrich tetap memberikan elemen off-road pada wiper tersebut menerusi rekaan bunga tayar off-road yang diinspirasikan daripada tayar All-Terrain T/A KO2.

Selain daripada itu, wiper BF Goodrich ini mempunyai ciri 'X-Flex suspension' untuk memastikan getah wiper melekap erat pada cermin, serta teknologi 'Scrub-X extreme weather performance' yang mampu membersihkan permukaan cermin daripada hujan, lumpur, salji, atau bangkai binatang kecil.

 


Direka untuk kegunaan trak dan SUV yang rajin meredah laluan off-road, wiper BF Goodrich ini dijual pada harga $79.99 (RM323.36) untuk setiap set.