Bezza rempuh 3 motosikal gara-gara tertekan pedal minyak

oleh SALINA JALIL|
gambar dari orang awam
Gara-gara tertekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita hilang kawalan dan merempuh tiga motosikal yang parkir di Marang semalam.


Kejadian dipercayai berlaku pada 9 pagi ketika wanita berusia 35 tahun memandu berseorangan dari arah lampu isyarat menghala ke Bandar Marang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan mahu membelok ke simpang sebelah kiri sebelum tertekan pedal minyak.

 

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kereta Perodua Bezza itu hilang kawalan dan melanggar tiang konkrit yang berada di atas pembahagi di sebelah kiri jalan sebelum merempuh tiga motosikal terbabit.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan akibat kemalangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan," katanya ketika dihubungi.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…