Bezza baru - hampir 6,200 unit terjual dalam Januari dan warna merah paling laku

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam diam-diam, Perodua berjaya menjual hampir 6,200 unit model Bezza 2020 yang baharu dilancarkan.

Sumber info dari Rawang sendiri menjelaskan jualan Bezza semakin meningkat dan warna merah Garnet menjadi pilihan paling popular.

"Cawangan-cawangan kami menerima tempahan antara 35 sehingga 50 peratus untuk Bezza warna merah ini," ujar sumber yang rapat dengan Careta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bezza adalah sedan entry-elvel paling popular di dalam negara dan antara sebabnya ialah pakej aksesori dan kelengkapan yang lebih memenuhi kehendak pasaran.

Bezza juga popular untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan yang terbukti lasak dan menjimatkan bahan api. Ia bukan untuk mereka yang kaki kereta tetapi lebih untuk rakyat marhaen yang mahukan nilai tertinggi dari wang mereka.

Ruang but yang melebihi 500 liter itu turut membuktikan ia dibina khas untuk pasaran Asia Tenggara kerana itu yang diperlukan di rantau ini - sebuah sedan kompak mampu milik dengan ruang bagasi yang besar.

Bezza juga menerima anugerah 5-bintang untuk varian yang mempunyai VSC (Vehicle Stability Control). 

Bezza varian AV pula lengkap dengan sistem keselamatan elektronik canggih ASA yang sering dilihat wujud dalam kenderaan dalam kelas mewah.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin berkata pembaharuan untuk Bezza 2020 dilakukan atas kajian dan permintaan pasaran sendiri.

Nantikan video pandu uji Careta untuk Bezza 2020 ini.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…