Betul ke kereta hibrid tak boleh pandu jauh? Habis tu!?

oleh Muhammad Md Tajudin|
SEAT Leon e-HYBRID
SEAT Leon e-HYBRID
Kereta dengan nadi elektrifikasi akan kekal buat satu tempoh yang lama. Terma elektrifikasi sebenarnya luas dan kebanyakan yang berada di pasaran pada hari ini ialah jenis hibrid atau plug-in hybrid (PHEV).

Apa beza di antara dua tersebut? Hibrid bergantung sepenuhnya kepada janaan kuasa dalaman manakala plug-in hybrid pula memperolehi sumber tenaga dari dalam dan luar seperti kediaman, pejabat dan sebagainya.

Maknanya anda boleh mengecas kenderaan dengan menyambung kabel pengecasan terus dari sumber elektrik yang dinyatakan tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SEAT Leon e-HYBRID.02

 

Apabila bercakap mengenai kereta PHEV, ada yang merasakan ianya tidak sesuai untuk perjalanan jauh disebabkan tiada tempat nak mengecas.

Betul ke dakwaan tersebut? Bagi merungkai beberapa isu yang berlegar mengenainya, kami bawakan kepada anda jawapan dari Jurutera Kenderaan SEAT, Neus Mesalles dan model Leon e-HYBRID sebagai contoh.

Mod elektrik 100 hanya untuk pemanduan bandar, salah tu!

Neus Mesalles memandu Leon e-HYBRID ke tempat kerja di SEAT Martorell, Sepanyol dengan jarak 25 kilometer menggunakan mod elektrik.

Model PHEV pertama SEAT itu direka untuk dipandu dalam mod elektrik sehingga 64 km.

 

SEAT Leon e-HYBRID.02

 

Maknanya pemandu tidak perlu menggunakan minyak untuk jarak sejauh itu atau ulang alik ke tempat kerja asalkan mempunyai tenaga bateri yang mencukupi.

Satu lagi keistimewaan kereta sebegini ialah teknologi yang mengecas semula bateri melalui sistem brek regeneratif. 

Dengan itu tenaga dari brek tidak dibuang dan dapat dimanfaatkan. 

Bagaimanapun kerisauan mengenai jarak pemanduan ada asasnya untuk kenderaan elektrik penuh (EV).

Namun apa yang penting ialah rancang perjalanan anda dan ketahui lokasi pengecasan, sama seperti anda berhenti untuk mengisi minyak.

Hanya boleh dipandu mengikut had laju di bandar

Pun salah! Perkara ini timbul memandangkan bateri akan kehabisan apabila dipandu laju. Berdasarkan maklum balas Neus Mesalles, kelajuan pemanduannya ke tempat kerja mengikut had maksimum ditetapkan iaitu 120 km/j!

Kereta hibrid guna lebih minyak! 

 

SEAT Leon e-HYBRID.02

 

Sekali lagi perkara itu disangkal melalui pemanduan sebenar. Berdasarkan pengalaman Neus Mesalles, beliau pernah memandu dari Martorell ke litar ujian dengan jarak 50 km.

Untuk perjalanan tersebut beliau menggunakan mod hibrid di mana kedua-dua enjin konvensional dan elektrik saling bertukar fungsi secara automatik bagi penggunaan tenaga yang cekap.

Hasilnya ialah pengurangan bahan bakar yang drastik. Kadar penggunaan minyak Leon e-HYBRID ialah 1.1l hingga 1.3l/100 km (WLTP) dan tenaga pula 18.1 hingga 19.3 kW/100 km (WLTP).

Apabila dipecut, kedua-dua nadi memberikan kuasa maksimum iaitu 204 hp (150 kW) dan 7.5 saat diperlukan dari 0 hingga 100 km/j. 

Kereta hibrid bukan untuk perjalanan jauh!

 

SEAT Leon e-HYBRID

 

Mod pemanduan hibrid berfungsi melalui gabungan operasi kedua-dua nadi secara automatik dan juga boleh ditetapkan secara manual.

Sebagai contoh, pemandu boleh menetapkan tenaga elektrik disimpan untuk digunakan kemudian atau bateri boleh dicas semula ketika enjin konvensional beroperasi.

Di situlah terletaknya kelebihan PHEV seperti Leon e-HYBRID, dua-dua jenis sumber kuasa boleh digunakan jadinya tak perlu risau tak jumpa tempat nak cas!

 

SEAT Leon e-HYBRID

 

Berikut ialah ciri-ciri SEAT Leon e-HYBRID:

  • Digerakkan enjin kitaran Otto 1.4 TSI berkuasa 150 hp dan gabungan motor elektrik 116 hp (85 kW).
  • Kuasa nadi gabungan sehingga 204 hp (150 kW).
  • Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat.
  • Penggunaan bahan bakar kombinasi 1.1 - 1.3 l/100 km, (WLTP) dan 1.4l/100 km (NEDC). Tenaga 18.1 - 19.3 kW/ 100 km (WLTP).
  • Jarak pemanduan elektrik 100 peratus sehingga 64 km (Kitaran WLTP).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…
Informasi
Sehingga kini, ia masih lagi berkhidmat kepada beribu-ribu pemandu di Malaysia dan juga di luar…
Informasi
Di bawah adalah antara intipati yang dapat kami kupaskan.   ya, Civic ketam kegemaran ramai! 1…