Betong dan Tahfiz gamit bikers KL

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Adventure Riders bersama Kelab Penunggang GPZ500 telah berjaya mengaturkan satu program lawatan ke Tahfiz Maahad Ulul Azmi di Sik, Kedah pada 31hb Oktober 2015 dan 1hb November 2015. Perjalanan ini juga termasuk lawatan dan penginapan satu malam di Betong, Thailand. Sebanyak 6 buah motosikal menyertai kembara ini dari Kuala Lumpur dan lagi 2 motosikal dari Kelab Penunggang GPZ500 Kedah akan bergabung dengan para peserta di Tahfiz Ulul Azmi. Kembara ini bermula dari RNR Jejantas Sungai Buluh dan melencong keluar dari lebuhraya PLUS untuk berhenti makan di Tasik Raban, Kuala Kangsar, Perak. Perjalanan kemudiannya diteruskan melalui Gerik dan Pengkalan Hulu yang terkenal dengan selekoh dan liku nya. Selepas mengisi minyak di Pengkalan Hulu, peserta memasuki Thailand melalui sempadan Pengkalan Hulu. Proses imigresen di Malaysia dan Thailand amatlah mudah dan cepat memandangkan tidak ramai pengunjung pada hari itu. Para peserta telah menginap di Butterfly Princess Hotel di Betong, yang sesuai untuk para bikers kerana biliknya yang bersih serta kemudahan parking motor yang selamat, berbumbung dan berpagar. Mereka kemudiannya telah menikmati makan malam di restoran muslim di depan hotel. Tiada masalah untuk mencari makan muslim kerana terdapat dua kedai makan muslim di depan hotel ini. Pada keesokan harinya mereka telah peserta melawat Kolam Air Panas dan Taman Bunga di Daerah Yala yang mempunyai jalan yang berliku menaiki dan menuruni bukit. Para peserta kemudiannya telah menuju ke Tahfiz Maahad Ulul Azmi di Sik, Kedah dan sampai di sana pada jam 2.30 petang dengan di sambut oleh pelajar pelajar serta 2 penunggang yang tiba dari Alor Setar dan Sungai Petani. Sambutan yang diberikan oleh pelajar pelajar Tahfiz amatlah meriah sekali. Sedikit sumbangan juga telah diberikan kepada Sekolah Tahfiz tersebut. Para peserta kemudiannya telah bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 6 petang dan telah selamat sampai di rumah masing masing pada jam 12 tengah malam. Bagi yang ingin mendapat lebih maklumat tentang Tahfiz Maahad Ulul Azmi boleh lah melayari Facebook mereka di sini.