Bertindak agresif, warga Perancis mabuk ditahan di sekatan jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Seorang lelaki warga Perancis turut bertindak agresif dengan mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis ketika diperiksa dalam sekatan jalan raya di Bayan Indah, pada Isnin

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian itu membabitkan lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pelayan di restoran dalam pusat beli belah.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Lelaki berkenaan yang juga pemandu kereta jenis Honda CRZ ditahan ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Lelaki berkenaan bertindak agresif ketika anggota polis melakukan pemeriksaan badan terhadapnya.

Selain mengeluarkan kata kesat, lelaki berkenaan turut menolak anggota polis terbabit.

Saringan ujian alkohol mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

 

Artikel sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memandu kereta jenis Honda Jazz atas pengaruh minuman…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Kian Wee didakwa memandu kereta dengan kepekatan alkohol 96mg/100ml dalam…