Bersaing, bergesel sesama sendiri - 3 remaja maut, 1 parah

oleh SALINA JALIL|
Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Delima, Taman Kota Masai di Pasir Gudang, malam tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Memilukan apabila menurut sumber, beberapa ahli keluarga yang tiba ke tempat kejadian sebak melihat nasib malang menimpa mangsa dan seorang daripada mangsa juga ditemukan dengan kepalanya pecah dan otak terburai .

 

Kesemua mangsa dipercayai sahabat baik dan berasal dari kawasan berhampiran lokasi kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sekumpulan remaja lelaki itu berlaku pada 10.30 malam.

 

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa menunggang atau membonceng motosikal masing-masing bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan.

 

"Akibat daripada insiden tersebut, tiga mangsa tercampak di atas jalan dan terlanggar batu di bahu kiri jalan manakala seorang mangsa jatuh di bahu kanan jalan.

 

"Kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah remaja berusia 15 hingga 16 tahun manakala yang parah berusia 17 tahun.

 

Seorang saksi yang juga rakan mangsa hanya mahu dikenali sebagai Apit, 16, berkata, kemalangan berlaku membabitkan dua kumpulan penunggang motosikal.

 

"Motosikal mereka kemudian bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan. Semasa kejadian banyak motosikal yang terlibat tetapi mereka semua melarikan diri selepas kemalangan tersebut.

 

"Saya lihat tiga mangsa nazak di tempat kejadian termasuk rakan saya manakala seorang lagi dikatakan kritikal," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Jumaat.

 

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kemalangan mendapati, darah dan cebisan daging mangsa bertebaran di tepi jalan tersebut sebelum dibersihkan penduduk setempat.

 

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi siaran media, hari ini.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…