Bermula Julai 2024, semua kereta baharu di Eropah wajib pasang kotak hitam

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Kotak hitam biasanya dikaitkan dengan industri penerbangan, di mana ia akan menjadi salah satu alat yang penting dalam mengkaji butiran terperinci terutama dalam situasi nahas.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Idea yang sama juga bakal diterapkan pada industri automotif, di mana bermula Julai ini, semua kenderaan baharu diwajibkan pemasangan kotak hitam (atau Event Data Recorder, EDR) sebagai satu ciri standard.

 

EDR


Berdasarkan info yang diperoleh daripada European Commission, undang-undang baharu itu tertakluk kepada semua kenderaan di bawah Kelas M1 (kenderaan penumpang tidak melebihi lapan orang) dan Kelas N1 (trak pikap & van bawah 3,500 kg).

Dengan adanya EDR, ia akan dapat menyalurkan data yang diperlukan untuk menganalisa situasi nahas yang terjadi.

EDR ini akan merekodkan data untuk tempoh masa yang singkat - lima saat sebelum kemalangan dan 0.3 saat selepas impak yang berlaku - selain data-data lain seperti kelajuan kenderaan, brek, posisi kenderaan di atas jalan, serta kecekapan sistem keselamatan yang terbina termasuklah sistem panggilan kecemasan.
 

black box


Selain itu, EDR juga akan diaktifkan sekiranya sistem mengesan terdapat perubahan kelajuan kenderaan melebihi 8 km/j dalam masa 0.15 saat, sama ada arah sisi atau membujur.

Undang-undang baharu ini akan dilaksanakan di 27 buah negara di bawah EU, termasuklah Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Perancis, Poland, Portugal, Romania, Sepanyol, Slovakia, Slovenia, Spain dan Sweden.

Sumber: Times Now

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan Jurnal, yang memetik pegawai industri Amerika Syarikat telah pun memberi taklimat mengenai…