Bermula dari 508 PSE, semua model baharu Peugeot bakal menerima varian berprestasi tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif dari Perancis, Peugeot dalam satu kenyataan mengesahkan mereka akan hadir memperkenalkan varian berprestasi tinggi untuk setiap model baharu yang dilancarkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut temubual yang dijalankan oleh Auto Express, ketua eksekutif Jean-Philippe Imparato menjelaskan, ia merupakan sebahagian daripada perancangan Peugeot untuk memperkembangkan lagi penawaran model-model sedia untuk tahun-tahun mendatang.

"Saya mahukan acara pelancaran yang besar setiap tahun, di setiap rantau. Untuk langkah berikutnya, saya mahu memperkemaskan penawaran model sedia ada demi mencapai strategi pelancaran satu model untuk setiap tahun.

 

 


Berkaitan dengan model berprestasi tinggi Peugeot Sport Engineered (PSE), ia akan dimulakan dengan pengenalan model sedan dan wagon Peugeot 508 PSE terlebih dahulu untuk tahun ini.

Tambah beliau lagi, "Dengan cara ini kami (Peugeot) tidak mahu menjadikan peralihan kepada EV sesuatu yang membosankan, dan kami boleh menikmati pemanduan yang menyeronokkan walaupun dengan kadar emisi CO2 di bawah 50g.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Peugeot 508 PSE merupakan pasangan sedan dan wagon plug-in hybrid berprestasi tinggi yang disumbangkan oleh penggunaan enjin empat silider sebaris 1.6 liter turbo dengan angka output 197 kuasa kuda dan 300 Nm, dibantu dengan motor elektrik hadapan (109 hp/320 Nm) dan motor elektrik pada gandar belakang (111 hp/166 Nm).

 


Secara keseluruhan, gandingan sistem trenkuasa hibrid ini membolehkan 508 PSE ini menghasilkan kira-kira 355 kuasa kuda dan 520 Nm!

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, membenarkan pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 5.2 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j (dihadkan secara elektronik).

Sementara kelajuan tertinggi ketika menggunakan kuasa elektrik dihadkan kepada 135 km/j.

Bacaan lanjut di SINI.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…