Bermaz Auto tawar pakej jaminan, servis percuma lima tahun untuk semua kenderaan Peugeot

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) baru-baru ini mengumumkan kesemua kenderaan Peugeot yang dijual di Malaysia (Peugeot 2008, Peugeot 3008 dan Peugeot 5008) serta kenderaan yang diedarkan oleh BAASB sejak dilantik oleh Stellantis kini didatangkan dengan jaminan lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej penyelenggaraan lima tahun itu turut membolehkan model-model Peugeot di Malaysia mempunyai tempoh sela servis setiap 15,000 km atau 12 bulan (yang mana tiba dahulu).

Pakej lanjutan tempoh servis ini diperkenalkan selepas menjalani tempoh ujian yang panjang di negara kita, di mana ia mampu mengurangkan penggunaan pelincir dan komponen penyelenggaraan bagi menangani impak negatif terhadap perubahan iklim.
 

Peugeot


Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kos pemilikan secara keseluruhan dan mengurangkan jumlah lawatan ke bengkel/pusat servis dalam tempoh jangka hayat kenderaan tersebut.

Terma dan syarat untuk jaminan pengeluar kekal tidak berubah.

Untuk membuat temujanji servis atau mendapatkan informasi berkenaan jaminan dan butiran kenderaan, pelanggan Peugeot boleh melayari laman web customer.peugeot.com.my, emel kepada [email protected] atau dengan menghubungi 03-7627 8818.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej terbaharu ini tertakluk kepada model-model crossover seperti 2008, 3008, dan 5008 yang dijual…