Bermaz Auto tawar 7 tahun waranti dan servis percuma untuk model Peugeot terpilih

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd kini menawarkan kempen 7 tahun Waranti dan 7 tahun Servis Percuma bersama subsidi insurans untuk model terpilih dalam tempoh masa terhad.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Bermula 1 September hingga 31 Oktober ini, pelanggan dapat memanfaatkan tawaran istimewa itu melalui tempahan model Peugeot 2008, 3008 dan 5008 sepanjang tempoh kempen tersebut.

 

2

 

Untuk memperoleh tawaran kempen tersebut, pelanggan hanya perlu mendaftarkan Peugeot baharu mereka di mana-mana pengedar sah sepanjang tempoh kempen itu.

Anda kini boleh merebut peluang untuk memiliki model Peugeot idaman di mana-mana pihak pengedar sah, atau kunjungi  BAuto Roadshow yang akan berlangsung di Oval Concourse, 1 Utama dari 11 hingga 15 Oktober 2023.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…
Berita Domestik
Seorang pemilik Peugeot bertuah bakal berpeluang untuk memenangi perjalanan berbayar semua…
Telah Diuji
Untuk memudahkan pelanggan yang mahu berjinak-jinak kembali dengan jenama singa Perancis, Bermaz…