Berjaya Auto kini pengedar tunggal kenderaan jenama Peugeot di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd kini dilantik sebagai pengedar tunggal kenderaan baharu berjenama Peugeot serta hak untuk mengendalikan perkhidmatan selepas jualan dan pengedaran alat ganti bagi kenderaan Peugeot, Citroen dan DS di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berjaya Auto Alliance merupakan syarikat baharu yang dipegang oleh BerjayaCorp (51%) dan Bermaz (20%).

Menurut Naib Presiden Kanan Groupe PSA Asia Tenggara, Laurence Noel memberikan komen, "produk kami sebelum ini - Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 yang telah memenangi anugerah berjaya menarik perhatian dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, dan kami berusaha untuk mengekalkan momentum tersebut dengan pengenalan model-model baharu serta inisiatif selepas jualan yang lebih menarik.

Beliau turut mendedahkan pengenalan model baharu Peugeot 2008 serba baharu di pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Menurut Dato' Sri Robin Tan Yeng Ching selaku CEO BerjayaCorp berkata, "Berjaya amat berbesar hati diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi dengan Groupe PSA, salah satu pengeluar automotif terbesar di Eropah.

"Kami percaya dengan kolaborasi bersama BerjayaCorp, Bermaz dan Groupe PSA bakal memberikan manfaat yang positif kepada semua pihak.

Pengerusi Eksekutif Bermaz, Dato' Sri Ben Yeoh berkata, "kami amat berbangga apabila keupayaan dan kepakaran Bermaz Group diiktiraf oleh Groupe PSA dan BerjayaCorp, dan gembira dengan kolaborasi baharu yang bakal memberikan sumbangan positif kepada pendapatan masa hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan gabungan itu, Peugeot SA dan Fiat Chrysler Automobiles NV akan menjadi Stellantis…
Berita Domestik
  Majlis tandatangan ini turut disaksikan oleh Duta Perancis ke Thailand, Jacques Lapouge.  …
Berita Domestik
Pada 20 Februari yang lalu, Groupe PSA dan Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd (NAM) mengadakan…