BERITA TERKINI! Mitsubishi Xpander disahkan akan dilancarkan tahun ini!

oleh SALINA JALIL|
Sebelum ini pelbagai teka-teki dari pihak media automotif telah memperkatakan bahawa Mitsubihsi Xpander bakal hadir ke negara kita dan kini pihak Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengesahkan bahawa crossover Xpander dengan tujuh tempat duduk sememangnya akan dilancarkan tahun ini.
Modenas

 

Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "XPANDER bukan hanya model penting untuk MMM, tetapi juga di seluruh rantau ASEAN. 

 

Sehingga Jun 2020, model tersebut telah mencapai jualan terkumpul sekitar 256,000 unit di negara ASEAN.

 

Kejayaan Xpander di negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mencerminkan betapa sesuainya Crossover ini untuk memenuhi keperluan pelanggan Malaysia. 


MMM sangat teruja untuk memperkenalkan crossover tujuh tempat duduk ini di Malaysia sebelum akhir tahun ini.” 

 

 

XPANDER telah memenangi pelbagai anugerah di negara-negara ASEAN. Di antara anugerah yang dimenangi adalah "Car of the Year 2018" oleh Otomotif Awards 2018 di Indonesia, "Automobile Filipina tahun 2019 dalam Kategori Standard" oleh Auto Focus People's Choice Awards dan "Thailand Car of the Year 2019 dan 2020: MPV TERBAIK DI BAWAH 1.600 cc ” oleh Grand Prix International PLC.

 


-Walaupun di negara kita 'terlambat' menerima kehadirannya tetapi tidak mengapa kerana apa yang pasti, kami di Careta juga tidak sabar untuk menunggu pelancaran rasmi Xpander ini!-

 

 

rear look

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) merupakan pusat pameran yang keempat dikendalikan oleh…
Berita Domestik
Pusat 3S tersebut beroperasi di bawah Auto Raya Timur dengan  kemudahan baharu yang mempunyai…
Berita Domestik
Keluasan gudang baharu tersebut adalah seluas 40,000 kaki persegi adalah untuk menumpukan semua…