BERITA PALSU - Jangan Terpedaya, tiada pengurangan kadar kompaun kesalahan lalu lintas!

oleh SALINA JALIL|
Sejak beberapa hari lalu telah tular berita mengenai harga kompaun terbaharu telah diturunkan kadar kompaunnya. Turut disertakan adalah paparan gambar beserta lambang Polis DiRaja Malaysia yang menyatakan bahawa 14 kesalahan trafik serta pelbagai jenis kelas kenderaan kini telah diperbaharui dengan pengurangan harga kompaun.

 

Paparan gambar tersebut juga turut memaparkan beberapa kesalahan lalu lintas seperti kesalahan memandu laju yang telah diturunkan kadar kompaunnya sehingga lebih daripada 50 peratus dari nilai sebenar kesalahan, iaitu RM150 ke RM70 dengan kompaun terbaharu.   

 

Pihak Facebook Jabatan Siasatan Facebook dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dari pihak PDRM telah membuat satu pengumuman dan penjelasan bahawa berita tentang jadual kadar kompaun baharu saman trafik yang tular tersebut adalah TIDAK BENAR dan PALSU kerana pihak PDRM tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut.

 

Pihak PDRM berharap orang ramai tidak terkeliru dengan berita tersebut. Sekiranya anda ingin mendapatkan kepastian yang lebih lanjut, sila hubungi kaunter Tradik di Balai Polis berhampiran. 

 

 

Berita dari #sinarharian 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Dua kes memandu sambil menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, dan masing-masing…
Berita Domestik
  Pemandu terbabit menerima saman masing-masing selepas kenderaan yang dipandunya tiba di Terminal…
Berita Domestik
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Nor Kamawati Kamal berkata, kereta berkenaan…