BERITA DOMESTIK Pemilik baru kenderaan Porsche ikuti program pemanduan di litar lumba

oleh DIANA ISMADI|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini telah melancarkan program pemanduan Pengenalan kepada Porsche di Litar Antarabangsa Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SDAP telah menjemput secara eksklusif kesemua pemilik kenderaan Porsche empat pintu baru yang didaftarkan pada tahun 2017, pemilik model Macan, Cayenne dan Panamera baharu untuk menyertai program pemanduan berkenaan untuk memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman memandu di litar lumba.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Arnt Bayer berkata, program pengenalan kepada Porsche yang dianjurkan ini merupakan tambahan kepada program sedia ada iaitu “Porsche Open Track Day”. Program yang dianjurkan ini adalah khas buat pemilik-pemilik kenderaan baru Porsche ini bertujuan memberi pendedahan mengenai teknologi Porsche yang serba maju.

 

Para peserta yang dilatih oleh tenaga pengajar Porsche, menjalani beberapa siri latihan pemanduan secara berperingkat di litar lumba Sepang sebelum mereka memandu untuk pusingan penuh di litar lumba tersebut.

Asas-asas kawalan kenderaan turut di demonstrasikan dalam program ini dan pemilik kenderaan Porsche yang hadir dapat mengembangkan kemahiran memandu mereka dengan teknik pemanduan di dalam situasi kecemasan sekaligus meneroka keupayaan kereta sport empat pintu baru mereka.