Berita baik: Toyota nak lebih serius dalam penawaran hibrid di Malaysia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hybrid
Toyota Hybrid
Sekarang ini teknologi elektrifikasi sedang giat dikempen dan ditawarkan untuk pengguna.

Lebih hebat apabila negara maju seperti United Kindom bakal mengharamkan penjualan kenderaan pembakaran dalaman (petrol dan diesel) menjelang tahun 2035.

Walaupun lambat lagi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk bermula supaya pengguna dapat menerima dan pengeluar memajukan teknologi ini.

Polisi tersebut juga bermakna negara lain bakal menerima tempiasnya termasuklah negara kita.

Dalam menerima teknologi elektrifikasi, soalan paling asas perlu ditanya ialah adakah kita sudah bersedia?

Jika sudah bersedia, teknologi elektrikasi mana yang mahu kita ambil kerana bidang ini luas.

Mari bersikap realistik, kenderaan hibrid sebenarnya lebih praktikal dan realistik untuk negara dan pengguna kita pada masa sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Prius

 

Kenderaan hibrid bukan baharu di kalangan pengguna tempatan, sekitar 10 tahun lalu kerajaan mengecualikan 100 peratus duti import dan eksais untuk kenderaan CBU (import penuh) hibrid.

Susulan itu pengeluar seperti Toyota mula giat menawarkan kenderaan hibrid seperti Prius dan Prius C yang diimport terus dari Jepun.

Kedua-dua model menerima sambutan baik di kalangan pengguna tempatan.

Apa yang lebih menarik ialah pada masa itu teknologi hibrid masih baharu dan UMW Toyota tidak pernah memasarkan model hibrid dengan skala besar.

Ini bermakna sedekad lalu pengguna tempatan bersikap terbuka dan bersedia menerima teknologi baharu apatah lagi dari Toyota yang mempunyai reputasi besar.

 

Toyota Prius C

 

Selepas insentif tersebut tamat pada tahun 2013, Toyota kekal menawarkan model hibrid seperti yang boleh dilihat melalui pelancaran Toyota Camry Hybrid pemasangan tempatan (CKD) pada tahun 2015.

Setelah beberapa tahun berlalu dan 2022 bakal menjelma apakah perancangan UMW Toyota tentang kenderaan hibrid?

Ringkas kata, akan terus dipergiatkan dan tunggu buah tangan terbaru dari Toyota.

Tapi sebelum itu kenapa Toyota masih konsisten dengan hibrid? Kenapa tak terus tawarkan kereta elektrik?

Seperti yang dinyatakan di atas, kenderaan hibrid atau Kenderaan Hybrid Elektrik (HEV) lebih sesuai atau realistik buat masa sekarang dan kami gariskan seperti berikut:

  • Pilihan paling mampu milik berbanding teknologi elektrifikasi lain.
  • Praktikal kerana tidak perlu mengecas yang memakan masa.
  • Tidak perlu kepada infrastruktur khas seperti pusat pengecasan.
  • Sebagai jambatan kepada teknologi kenderaan bateri elektrik (BEV) pada masa akan datang.

 

Toyota RAV4

 

Selain faktor di atas, Toyota adalah di antara pengeluar yang mempelopori teknologi Hibrid Elektrik bermula lebih dari 20 tahun lalu apabila memperkenalkan generasi pertama HEV pada tahun 1997.

Dengan pelbagai evolusi dan pembaharuan, HEV dari Toyota berada pada peringkat paling canggih sekarang ini.

Bagaimanapun, dalam mengadaptasi kepada HEV sedikit sebanyak akan timbul kegusaran dan di sini terletak kelebihan Toyota.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Toyota bukan baharu dalam bidang HEV tambahan pula syarikat ini mempunyai reputasi besar yang perlu dijaga.

Mari kita teliti fakta berikut:

  • Lebih daripada 18 juta HEV Toyota telah terjual di serata dunia.
  • Ada 45 buah model HEV Toyota di pasaran sekarang.
  • Bateri THS (Toyota Hybrid System) kini berada dalam generasi keempat dan direka untuk tahan
  • seperti usia kenderaan.
Toyota

 

Berdasarkan fakta di atas, jelas bahawa Toyota faham keperluan dan kehendak pengguna iaitu mahukan sesuatu yang tahan lama.

Berikut pula kami senaraikan kelebihan dan pembaharuan di dalam teknologi THS generasi keempat:

Cekap bahan api atau jimat minyak

THS generasi keempat menggunakan komponen lebih kompak dan efisien seperti bateri hibrid, gandar transaxle dan menjadikan keseluruhan sistem lebih ringan dan jimat minyak berbanding generasi sebelumnya.

Apabila jimat minyak, kos jimat, masa pun jimat dan hasilnya kereta boleh dipandu lebih jauh berbanding yang lain!

 

Toyota

 

Pengendalian, kestabilan

Bukan setakat jimat segala macam, HEV Toyota juga dibina untuk pemanduan.

Sebagai contoh komponen sistem hibrid dipasang pada lokasi yang membantu merendahkan pusat graviti kenderaan (CoG).

Faktor itu menjadikan kereta lebih selesa dan stabil. HEV juga mempunyai pelbagai kelebihan seperti seronok untuk dipandu dan mod EV atau elektrik sepenuhnya.

Kapasiti simpanan barang

 

Toyota

 

Sebagai rakyat Malaysia, berjalan atau pulang ke kampung adalah acara wajib! But yang kecil bermakna tidak banyak barang boleh dimuatkan.

Sebagai HEV, di mana lokasi bateri? Tak ganggu ruang but ke?

Pek bateri dan sistem penyejukan HEV Toyota dibuat dengan saiz lebih kompak dan membolehkan ianya dipasang di bawah kerusi belakang.

Jadinya ruang but sama seperti kenderaan biasa. Boleh bawa balik durian!

Seronok untuk dipandu

 

Toyota

 

Ada yang musykil tak dengan kenyataan di atas? Memang tidak dinafikan ada yang beranggapan HEV ini perlahan dan membosankan.

Hakikatnya HEV seronok untuk dipandu kerana mempunyai pecutan serta merta dalam setiap julat kelajuan hasil dari lonjakan atau boost tenaga elektrik.

Motor elektrik selain membekalkan tenaga turut berfungsi dengan memberikan prestasi lebih responsif sewaktu HEV mula dipecut.

NVH (Bunyi, getaran, kekasaran)

 

Toyota

 

Satu lagi faktor penting untuk pengguna tempatan ialah NVH. Kabin kereta yang terlampau menyerap bunyi dari luar, bergegar dan kasar memang tidak sedap dipandu.

Sistem Hibrid Toyota (THS) berfungsi melalui kuasa dari motor elektrik sebaik sahaja enjin dihidupkan sehingga kelajuan sederhana (bergantung kepada keadaan sistem hibrid).

Dalam tempoh tersebut, pemandu boleh menikmati suasana tenang kerana enjin petrol langsung tidak berbunyi!

Selain itu, pemandu juga boleh menggunakan mod EV yang bermakna kereta bergerak hanya menggunakan motor elektrik.

Mod EV boleh digunakan pada waktu pagi atau lewat malam supaya tidak menggangu orang lain atau pemandu mahu menikmati suasana tenang.

 

JAMA

 

Hebat di jalan, hebat di litar!

Membangunkan sesebuah teknologi tidak lengkap jika tidak diuji atau ‘dibelasah’ cukup-cukup.

Toyota telah membuktikan kemampuannya di perlumbaan berprestij.

Kereta lumba Toyota TS050 HYBRID Le Mans Hypercar bukan sekali tetapi tiga kali berturut-turut menang di dalam perlumbaan Le Mans dari tahun 2018 hingga 2020!

Kereta itu juga memegang rekod terpantas di litar Le Mans de la Sarthe berjarak 13.626 km dengan masa 3 minit 14.791 saat dan kelajuan purata 251.9 km/j yang dicatatkan pada tahun 2017.

 

Toyota

 

Tahun ini Toyota kembali lagi ke Le Mans menggunakan kereta baharu GR010 HYBRID Le Mans Hypercar dan mendominasi tempat pertama dan kedua!

Dengan segala komitmen, pelaburan, teknologi dan kesungguhan sudah jelas bahawa Toyota memang layak untuk berada di dalam posisi peneraju teknologi HEV.

Model HEV manakah yang bakal diperkenalkan oleh UMW Toyota? Tunggu sedikit masa lagi!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…