Berita baik - Toyota keluarkan semula alat ganti Supra A70 dan A80

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pemilik kereta ikonik nampaknya dihargai oleh pengeluar apabila alat ganti dihasilkan semula. Terbaru Toyota mengumumkan pengeluaran semula alat ganti Supra A70 (1986 - 1993) dan A80 (1993 - 2002). 

Projek itu melibatkan pengeluaran semula alat ganti yang sudah dihentikan untuk dijual semula sebagai alat ganti tulen. Inisiatif itu diusahakan agar para pemilik Supra dapat terus memandu kereta mereka untuk tahun-tahun mendatang.

Alat ganti yang dikenali sebagai GR Heritage Parts Project akan dijual di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan pelbagai pasaran.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023
Toyota Supra A70

Pengguna juga boleh mendapatkan alat ganti daripada pengedar Toyota dengan cara sama seperti alat ganti tulen.

Berikut ialah senarai alat ganti yang bakal dikeluarkan:

Supra A70

  • Propeller shaft
  • Pembuka pintu
  • Fuel sender gauge
  • Getah cuaca (Weatherstrips)
  • Logo depan
  • Dsb

Supra A80

  • Lampu depan
  • Pembuka pintu
  • Penggalak brek (brake booster)
  • Dsb

Selain senarai di atas Toyota turut mempelawa pengguna untuk memaklumkan alat ganti yang mahu dikeluarkan bagi pertimbangan mereka. Makluman tersebut boleh dibuat melalui laman web Toyota Gazoo Racing.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan rapat Careta, model SUV purba moden ini ada dipamerkan pada…
Berita Global
SUV off-road olskool itu masih lagi menampilkan penggayaan yang retro, namun disulami dengan…