Beriftar dan beramal bersama kelab BMW Society Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Kerapkali kelab-kelab kereta akan menganjurkan majlis Iftar bersama ahli-ahli kelab bagi mengeratkan perhubungan sesama ahli-ahli kelab itu sendiri.


Careta turut diundang untuk menyertai majlis Iftar bersama Kelab BMW Society Malaysia pada 11 Mei 2019 bertempat di Restoran Tupai-Tupai di Jalan Istana Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Lebih 60 buah kereta telah berjaya dikumpul dengan kehadiran ahli lebih dari 80 orang. Yang menariknya majlis ini telah berjaya mengumpul pelbagai ahli dari beberapa kelab BMW yang wujud di sini. Encik Sasi Ambe, Pengurus Komunikasi Korporat, BMW Malaysia Sdn Bhd turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

 

iftar bmw 1

 

Mereka terdiri dari:


1.   BMW E60 Official Club Malaysia 
2.   BIMMERIANZ
3.   MTHUSIAST
4.   E46 BIMMERZ Club Malaysia 
5.   E46 BIMMERS Community.My
6.   E36 Fanatics Motorsport Club 
7.   Terengganu BIMMERS Club
8.   Lady BIMMERS Official Society 
9.   East Coast BIMMERS
10. BMW Society Malaysia 
11. Manjung BIMMERS
12. BIMMER Utara
13. Melaka BIMMERS Club
14. Group BMW 5 Series
 

 

Di samping meluangkan masa sesama ahli kelab,setiap kehadiran kelab dihargai dengan pemberian plag penghargaan serta acara cabutan bertuah.  Kutipan derma juga turut dibuat untuk Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan Sungai Siput Perak. 

 

Majlis ini juga turut mendapat sokongan dari BMW Malaysia sendiri dan Ravenol Lubricants.  
 

 

iftar 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Semalam, ahli-ahli kelab kereta BMW Society Malaysia telah mengadakan temujanji berbuka puasa di…