Beri laluan, Mercedes E250 terjunam masuk sungai

oleh SALINA JALIL|
Niat murni pemandu sebuah kereta mewah ingin memberi laluan kepada kenderaan lain di lorong sempit di Jalan Sungai Nibong di Melaka berakhir tragedi apabila terjunam masuk ke dalam sungai, semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, pemandu, Liow Shang Kang, 37, bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya jenis Mercedes E250 bagi menyelamatkan diri.

 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Batu Berendam ke arah Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui Jalan Sungai Nibong.

 

“Semasa mangsa melalui Jalan Sungai Nibong, dia telah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

 

“Mangsa telah rapat ke bahu jalan sebelum tiba-tiba tergelincir masuk ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

 

Tambahnya, mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

“Semasa pegawai penyiasat tiba di lokasi kenderaan terlibat masih berada di dalam sungai tersebut. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

 

 

 

– KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Seorang penduduk, Yani Razak,40, berkata, dia bergegas keluar ke jalan raya untuk melihat…
Berita Global
  Gambar yang diterbitkan dalam media tempatan menunjukkan bas itu remuk selepas menuruni cerun…
Berita Global
  Menurut laporan AniNews, kesemua guru-guru terbabit mengajar di ibu negara itu. Mereka berpindah…