Beri kebenaran kepada pelarian Rohingya mohon lesen memandu - NGO

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah badan bukan kerajaan Rohingya mencadangkan kerajaan membenarkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memohon lesen memandu bagi mengelakkan isu pemalsuan lesen memandu terus berleluasa dan memudahkan pemantauan pihak berkuasa.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata kebanyakan pemegang kad UNHCR tahu memandu, tetapi mereka tidak memahami undang-undang dan peraturan jalan raya di negara ini yang merupakan satu daripada faktor berlaku kemalangan.

“Bagi merealisasikan cadangan ini, saya mengesyorkan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan bekerjasama dengan institut memandu dan mengadakan perbincangan bagi melicinkan pelaksanaan konsep ini.

“Setiap pemohon lesen memandu sementara itu wajib menghadiri kursus di institut memandu atau mana-mana tempat yang dipersetujui institut memandu dan JPJ, sekali gus memudahkan pihak berkuasa untuk melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap mereka,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Surat itu turut dituju kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.
 


Zafar berkata, cadangan itu dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dan menangani isu pemalsuan lesen memandu dalam kalangan pelarian serta pemegang kad UNHCR yang menjadi mangsa penipuan.

“Inisiatif ini (pemberian lesen memandu sementara) bakal mewujudkan satu kaedah pengumpulan maklumat pelarian dan pemohon suaka lebih komprehensif untuk memudahkan pihak berkuasa dalam memastikan mereka mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, sebelum mereka ditempatkan ke negara lain.”

Katanya, lesen memandu penting untuk membantu pelarian dan pemegang kad UNHCR mencari pekerjaan dan memenuhi keperluan dalam kehidupan harian.

Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pihak pendakwaraya Amerika Syarikat, Anthony Ghosn dikatakan membuat pembayaran dalam…
Berita Global
Bekas anggota Pasukan Khas Tentera Darat Amerika Syarikat, Michael Taylor, 59 tahun dan anaknya…
Berita Domestik
Jurucakap UNHCR berkata semalam bahawa pihaknya hanya mengeluarkan kad pengenalan untuk pelarian…