Berhajat beli Toyota Alphard RM60,000 dalam talian, jurutera kerugian RM29,700

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seorang jurutera kerugian hampir RM30,000 selepas ditipu dalam urusan jual beli kereta secara dalam talian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata jurutera lelaki berusia 38 tahun itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat bayaran berjumlah RM29,700.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, mangsa yang melayari laman Facebook pada 9 Mac lalu tertarik dengan penjualan kereta Toyota Alphard berharga RM60,000 dari Singapura dan ingin membelinya.

 

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran deposit 10 peratus, insurans dan cukai jalan.

 

"Sepanjang tempoh itu sehingga 17 Mac lalu, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berlainan," katanya.

 

Beliau berkata, selepas jumlah itu dibayar, suspek masih meminta wang daripada mangsa, namun dia tidak berbuat demikian kerana mengesyaki diri ditipu.

 

"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan sehingga kini masih belum menerima kenderaan ditawarkan itu.

 

"Semakan dilakukan mendapati tiga laporan polis dibuat membabitkan nombor akaun bank digunakan suspek yang turut menggunakan modus operandi sama bagi menipu orang ramai," katanya.

 

Sementara itu, Sundra Rajan berkata, terdapat 69 kes diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sejak 2019 membabitkan kes penipuan penjualan kereta secara dalam talian membabitkan kerugian RM495,104,20 .

 

"Setakat ini, kita menerima 16 kes penipuan membabitkan jualan kereta secara dalam talian, manakala 32 kes diterima sepanjang tahun lalu dan 21 kes pada 2019.

 

"Saya menasihatkan masyarakat berhati-hati dengan tawaran menarik secara dalam talian dan membuat semakan terlebih dulu ke atas nombor telefon atau akaun bank yang meragukan," katanya.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan…
Berita Domestik
Menurutnya, motosikal itu diiklankan dalam sebuah akaun Tiktok yang dilayarinya Sabtu minggu lalu…