Bergaya dengan kereta klon, tiga pemilik ditahan

oleh SALINA JALIL|
Tindakan dua lelaki dan seorang wanita memiliki kereta klon yang dibawa masuk dari Singapura mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Op Kenderaan Klon, Rabu lalu.


Ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 45 tahun ditahan di Banting dan Kajang, Selangor serta Rembau, Negeri Sembilan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun bersama kereta Honda Civic di sebuah rumah di Banting pada 3 petang.

 

Menurutnya, pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin kereta itu didaftarkan di atas sebuah kenderaan lain.

 

"Bertindak atas maklumat, polis menyerbu sebuah bengkel di Taman Bukit Mewah, Kajang dan menahan lelaki warga Indonesia berusia 29 yang bekerja di bengkel terbabit pada 6 petang.

 

"Pemeriksaan ke atas kereta Audi A4 mendapati ia adalah kenderaan klon dan polis turut menemui sebuah kereta Mini Cooper S dalam keadaan mencurigakan di bengkel itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Mohd Nadzri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kereta Mini Cooper S adalah kenderaan klon milik seorang wanita yang dihantar untuk dibaiki selain dijual.

 

Katanya, berikutan itu polis menahan wanita berusia 36 tahun itu di Rembau, Negeri Sembilan pada 7.10 malam.

 

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

 

Laporan dari Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Operasi Khas hari ini memfokuskan aktiviti penangkapan sindiket yang membawa masuk kenderaan…
Berita Domestik
  Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat…
Berita Domestik
  Dalam satu sidang media, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.   "Satu kes…