Berapa lama uji lampu kereta SEAT? Tak lama 800 jam sahaja dalam gelap!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ujian lampu SEAT
Ujian lampu SEAT
Dalam pembangunan kereta, satu dari aspek yang diberi perhatian tinggi oleh pengeluar ialah pengujian. Buat memang boleh tapi bagaimana selepas itu?

Adakah ia dapat diguna dengan selamat? Tahan lama dan sebagainya.

Ini penting kerana melibatkan reputasi sesebuah jenama dan kepercayaan pelanggan.

Dengan itu, pengeluar menghabiskan masa begitu lama dan jarak pengujian jutaan kilometer sebelum lulus untuk dipasarkan.

Komponen yang diuji pula pelbagai, ada terlindung dari mata kasar sehingga jelas kelihatan seperti lampu belakang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Ujian lampu SEAT

 

Sebagai contoh, SEAT menghabiskan 800 jam bagi menguji di dalam suasana gelap manakala lokasi ujian pula tidak terhad di dalam makmal dan turut dibawa ke kawasan khas.

Mari kita fahami bagaimana SEAT membuat ujian kepada lampu belakang kenderaannya.

Dark Sky Alqueva di Portugal

Ini kawasan istimewa di Portugal dan Eropah bagi memerhatikan nebula dan gugusan bintang di langit pada waktu malam.

Di kawasan paling gelap di dunia, para jurutera SEAT menguji lampu depan dan belakang yang dibangunkan mereka untuk model seperti SEAT Leon.

Ketua Pembangunan Pencahayaan dan Pengisyaratan SEAT, Carlos Elvira memaklumkan ujian di sini dibuat bagi memastikan jarak dan lebar suluhan lampu depan dan kejelasan lampu belakang berfungsi dengan betul di jalan raya.

340 lampu LED

 

Ujian lampu SEAT

 

Teknologi lampu LED penuh banyak membuka ruang baharu buat jurutera baik dari segi rekaan, keselamatan dan keselesaan.

Menurut Ketua Pembangunan Pencahayaan Elektronik SEAT, Magnolia Paredes, lampu LED membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak cahaya pada permukaan lebih kecil dan dengan itu dapat menjadikannya lebih efisien.

800 jam dalam gelap

Para jurutera bekerja sekitar 2,500 jam dalam reka bentuk lampu SEAT Leon baharu.

800 jam lagi dihabiskan di dalam terowong optikal dengan menghasilkan semula pemanduan waktu malam atau di atas jalan raya di pelbagai lokasi dunia semata-mata bagi menguji lampu.  

 

Ujian lampu SEAT

 

Berdasarkan penerangan Carlos Elvira, kawasan panas diguna untuk pengujian operasi elektronik dan kawasan sejuk bagi memeriksa serakan atau pembahagian (distribution) pencahayaan apabila ais terkumpul. 

Carlos akan meletakkan penanda pada penghujung jalan dengan jarak satu meter di antara satu sama lain. Ujian ini dapat mengesahkan suluhan mencapai jarak yang ditetapkan atau bersamaan 70 meter.

Lampu LED lebih putih

Di antara kelebihan lampu LED ialah ianya lebih putih berbanding teknologi pencahayaan sebelum ini. Satu lagi ciri ialah suhu warna 5,000 darjah kelvin.

 

Ujian lampu SEAT

 

Menurut Magnolia, ciri tersebut membolehkan pemandu mengenal pasti dengan lebih baik apabila terserempak bentuk dan warna objek di jalan raya pada waktu malam walaupun di lokasi segelap Alqueva.

Ini juga membolehkan pemandu bersedia untuk kemungkinan yang bakal berlaku.

Reaksi LED, laju memang laju.

Diod LED mempunyai respon 150 milisaat lebih pantas berbanding mentol pijar biasa.

Sebagai contoh, apabila memandu pada kelajuan 120 km/j pemandu di belakang dapat melihat lampu brek pada jarak lima meter lebih awal.

Inovasi berterusan

 

Ujian lampu SEAT

 

Teknologi lampu bukan sahaja di luar tetapi turut merangkumi bahagian dalam kereta sebagai contoh lampu mood. Carlos memaklumkan ada ciri baharu yang bakal diperkenalkan oleh SEAT.

Ciri tersebut menjadikan pemanduan lebih selamat di mana keamatan cahaya (light intensity) di dalam kereta akan meningkat selari dengan pertambahan kelajuan supaya pemandu sedar tentang tindakan tersebut.

Selain itu, apabila membawa kanak-kanak lampu dalaman berwarna merah dinyalakan sebagai respon kepada cubaan untuk membuka pintu selepas safety lock pintu belakang dipasang. 

Lampu bukan sebarang lampu, jika sebelum ini diguna untuk suluhan dan sekarang makin bertambah apabila turut menjadi peringatan keselamatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ujian lampu SEAT

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…