Berapa kos servis Toyota Avanza? Mahal tak? Ini analisa kami

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Avanza
Toyota Avanza
Alah membeli menang memakai. Ini faktor yang penting dalam membeli kenderaan. Buat anda yang membeli kenderaan sebagai objek pengangkutan segala kos perlu diambil kira.

Kos ini bukan setakat membeli tetapi termasuk juga dengan membela. Kos seperti bahan api, penyelenggaraan, pembaikan, susut nilai, cukai jalan dan takaful perlu diambil kira.

Paling penting kita tak mahu kos-kos tersebut membebankan di kemudian hari.

Disebabkan persaingan, ada pengeluar yang menawarkan servis atau kos buruh percuma dan ia suatu yang baik dalam memberikan pengalaman pemilikan positif buat pembeli.

Selain itu, ada pengeluar yang menyediakan jadual penyelenggaraan fleksibel berdasarkan tahap kegunaan seperti UMW Toyota melalui program Maxcheck.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Maxcheck

 

Secara ringkasnya Toyota membahagikan jenis servis seperti berikut:

Maxcheck Basic

Penukaran minyak enjin, gasket palam salir (drain plug gasket), bendalir pencuci cermin.

Maxcheck Advance

Penukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, gasket palam salir (drain plug gasket), cecair pencuci cermin, palam pencucuh.

Maxcheck Advance Plus

Penukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, gasket palam salir (drain plug gasket), cecair pencuci cermin, penapis udara, minyak brek, minyak transmisi, minyak stereng kuasa.

Berapa pula kos nak selenggara kereta Toyota? Jika sebelum ini kami bawakan artikel tentang kelebihan Toyota Avanza, kali ini kami kongsikan kepada anda kos nak menjaganya pula.

 

Toyota Maxcheck

 

Dua kali kos buruh percuma!

Secara asasnya Toyota memberikan dua kali servis dengan kos buruh atau upah percuma iaitu pada bulan pertama atau 1,000 km dan servis kedua pada bulan ketiga atau 5,000 km.

Kos keseluruhan servis pula bergantung kepada jenis minyak seperti berikut:

  • Minyak mineral premium: RM146.00
  • Minyak formulasi sintetik: RM176.00
  • Minyak sintetik penuh 5W 40: RM296.00
  • Minyak sintetik penuh 0W 20: RM206.00

Selepas itu, anda diwajibkan untuk menyelenggara Avanza pada bulan ketiga atau 5,000 km. Kos keseluruhan mengikut pilihan minyak enjin seperti berikut:

  • Minyak mineral premium: RM106.00
  • Minyak formulasi sintetik: RM136.00
  • Minyak sintetik penuh 5W 40: RM256.00
  • Minyak sintetik penuh 0W 20: RM166.00

Servis kedua ini lebih murah kerana anda tidak perlu menukar penapis minyak.

 

Toyota Avanza Maxcheck
Klik di sini untuk besarkan imej

 

Bulan keenam (Maxcheck Advance) dan bulan kesembilan (Maxcheck Basic)

Selepas selesai servis kedua, terpulang kepada anda untuk menyelenggara sama ada pada bulan keenam (10,000 km) atau bulan kesembilan (15,000 km).

Maknanya anda boleh menghantar Avanza tiga bulan (Maxcheck Advance) atau enam bulan (Maxcheck Basic) selepas servis kali kedua.

Ini yang dimaksudkan dengan fleksibel, jika memandu secara biasa anda boleh memilih pakej Maxcheck Basic dan jika digunakan secara lasak anda boleh dapatkan pakej Maxcheck Advance.

Berikut pula ialah kos keseluruhan yang dikenakan mengikut jenis minyak:

Maxcheck Basic 

  • Minyak mineral premium: RM156.00
  • Minyak formulasi sintetik: RM186.00
  • Minyak sintetik penuh 5W 40: RM306.00
  • Minyak sintetik penuh 0W 20: RM216.00

Untuk pakej ini, anda perlu mengunjungi pusat servis enam bulan selepas servis kedua (bulan ke-9/15,000 km) sehinggalah bulan ke-57 (95,000 km) pada kadar harga yang sama.

Maxcheck Advance

  • Minyak mineral premium: RM276.00
  • Minyak formulasi sintetik: RM306.00
  • Minyak sintetik penuh 5W 40: RM426.00
  • Minyak sintetik penuh 0W 20: RM336.00

 

Toyota Avanza

 

Berbeza dengan pakej Maxcheck Basic, pakej ini dibuat tiga bulan selepas servis kedua (bulan ke-6/10,000 km) dan selepas itu sela servis selama enam bulan sehingga bulan ke-66 (110,000 km).

Secara ringkasnya, pakej Maxcheck Basic lebih murah kerana anda tidak perlu menukar penapis minyak enjin kecuali semasa servis major atau Maxcheck Advance Plus.

Maxcheck Advance Plus - Servis Major

Adalah menjadi adat dan kewajipan untuk kereta anda menjalani servis major. UMWT menamakan pakej ini sebagai Maxcheck Advance Plus di mana banyak barangan dan alat ganti ditukar berbanding dua pakej tadi.

Di antara barangan yang ditukar ialah minyak transmisi, penapis udara, penapis minyak enjin, minyak brek dan sebagainya.

Berikut ialah kos pakej Maxcheck Advance Plus termasuk minyak enjin mengikut pilihan:

  • Minyak mineral premium: RM586.00
  • Minyak formulasi sintetik: RM616.00
  • Minyak sintetik penuh 5W 40: RM736.00
  • Minyak sintetik penuh 0W 20: RM646.00

Berikut pula ialah bulan dan perbatuan untuk servis Maxcheck Advance Plus:

  • 24 bulan / 40,000 km
  • 48 bulan / 80,000 km
  • 72 bulan / 120,000 km
  • 96 bulan / 160,000 km
  • 120 bulan / 200,000 km

 

Toyota Avanza

 

Kos lain (Bendalir penyejuk enjin dan palam pencucuh)

Dua barangan ini ditukar pada perbatuan dengan harga seperti berikut:

  • Penyejuk enjin (Super Long Life Coolant): RM138.40 / 160,000 km dan 80,000 berikutnya
  • Palam pencucuh Iridium: RM270 / Setiap 100,000 km

Berapa pula kos untuk lima tahun pemilikan?

Dengan pembelian Avanza, UMWT menawarkan lima tahun jaminan dan perbatuan tanpa had. Dari situ kami senaraikan kos servis selama lima tahun atau 100,000 km. 

Kiraan ini dibuat berdasarkan pakej Maxcheck Advance dengan minyak enjin formulasi sintetik.

  • Servis pertama dan kedua: RM312
  • Servis ketiga dan seterusnya sehingga bulan ke 60 (100,000 km): RM2,448 (lapan kali servis)

 

Toyota Avanza

 

Dalam tempoh lima tahun (100,000 km) anda perlu mengambil dua pakej Maxcheck Advance Plus pada kos berikut:

  • Bulan 24/40,000 km: RM616 
  • Bulan 48/80,000 km: RM616

Oleh itu kos keseluruhan untuk pemilikan selama lima tahun atau pemanduan 100,000 adalah seperti berikut:

  • RM312 + RM2,448 + RM616 + RM616 + RM270 (palam pencucuh) = RM4,262.00

Secara purata anda perlu membelanjakan sebanyak RM852.40 setiap tahun atau RM71.03 setiap bulan sehingga tahun kelima atau 100,000 km.

 

Toyota Avanza

 

Jika anda memandu secara normal dan mahu berjimat, berikut adalah analisa pakej Maxcheck Basic menggunakan minyak enjin mineral premium:

  • Servis pertama dan kedua: RM252
  • Servis ketiga dan seterusnya sehingga bulan ke 57 (95,000 km): RM1,404 (sembilan kali servis)

Servis major (Maxcheck Advance Plus)

  • Bulan 24/40,000 km: RM616 
  • Bulan 48/80,000 km: RM616

Kos keseluruhan untuk 57 bulan pemilikan (95,000 km):

  • RM252 + RM1,404 + RM616 + RM616 = RM2,888.00

Secara purata anda perlu membelanjakan sebanyak RM50.70 setiap bulan selama 57 bulan atau sehingga 95,000 km. 

Perbelanjaan akan bertambah sebanyak RM270 jika anda mahu menukar palam pencucuh pada bulan ke-57 servis atau 95,000 km. 

Pakej ini dikira sehingga bulan ke-57 atau 95,000 km berdasarkan jadual servis tetap Maxcheck Basic oleh UMWT.

Kesimpulan

 

Toyota Avanza

 

Dengan kiraan yang kami analisa ini anda boleh gunakannya sebagai anggaran untuk memiliki Toyota Avanza baharu.

Kesimpulannya pakej servis Maxcheck oleh UMWT ini sangat membantu untuk anda merancang penyelenggaraan sepanjang pemilikan. 

Nak berjimat pun boleh memandangkan kos Maxcheck Basic yang rendah manakala kos pakej Maxcheck Advance pula tidak begitu membebankan.

Apa yang penting ialah kereta yang boleh diharap dan jarang meragam ialah kereta yang dijaga dengan baik!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…