Berapa jauh jarak pemanduan selepas lampu amaran kehabisan minyak menyala?

oleh SALINA JALIL|
Peringatan: Jangan ambil risiko memandu kenderaan yang kekurangan bahanapi oleh kerana Ia mampu menyebabkan kerosakan kenderaan malah kecelakaan.


Jarum penunjuk kadar bahanapi dalam kereta anda tidak boleh diharapkan sepenuhnya sebagai panduan mutlak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengeluar-pengeluar kereta dikatakan biasanya memperuntukkan ruang sekurang-kurangnya 3.8 liter untuk minyak simpanan rizab yang diperlukan untuk sampai ke stesen minyak.

 

Selalunya kebanyakan di antara kita akan sempat mengisi minyak sebelum kereta tersadai di tepi jalan. Tetapi ada juga yang tidak memperdulikannya dan kemudian terhenti di tengah jalanraya. Ini amat menyusahkan. Ia juga mungkin boleh merosakkan kereta anda.

 

Dan berbahaya jika terhenti di kawasan yang pesat dengan trafik.

 

Menurut Ed Mosher, seorang pakar prestasi enjin dan bekas mekanik kereta, ada perkara tentang sistem bahanapi yang kita perlu tahu.

 

“Kebanyakkan kereta-kereta baharu menggunakan pam bahanapi dikuasai elektrik, dan bahanapi ini turut menyejukkan pam itu apabila ia digunakan,” jelas beliau.

 

 

“Malahan, apabila cuaca panas, dan tahap bahanapi anda rendah, anda menghadapi risiko pengurangan baki bahanapi kerana ia meruap dengan cepat,” tambah beliau.

 

Cuaca dingin juga boleh menimbulkan masalah jika tahap bahanapi rendah.

 

“Udara dalam tangki minyak boleh memeluwap, dan ini boleh merosakkan kualiti bahanapi,” kata Mosher.

 

“Ini juga boleh menyebabkan masalah suntikan injektor bahanapi, kerana ketulan kristal ais mungkin akan terbentuk pada pam bahanapi, dan ini akan menjejaskan tahap pemanduan.

 

Tetapi ia jarang berlaku walaupun di negara sejuk, kerana terdapatnya bahan tambah dalam bahanapi yang menghalang ia dari menjadi beku. Akan tetapi, ia tetap berisiko.”

 

Tambah beliau kos menukar pam bahanapi juga sangat tinggi. Pengeluar-pengeluar kereta jarang memberi tahu jarak dalam kilometer sebelum kereta kita akan kehabisan bahanapi dengan sepenuhnya.  

 

 

Laman web TankOnEmpty.com mengumpul data ini serta maklumat dari pemandu-pemandu untuk mendapatkan jarak sebenar.

 

Di bawah ialah jarak yang dilaporkan (dalam kilometer) yang boleh dicapai sebelum kereta anda terhenti kerana kehabisan bahanapi.

 

  • Toyota RAV-4 = 51.30
  • Honda CR-V = 53.5
  • Nissan Teana = 66.81
  • Nissan X-Trail = 69.42
  • Toyota Camry = 69.73
  • Honda Civic = 69.89
  • Toyota Corolla = 75.14
  • Honda Accord = 75.39

 

Ini hanyalah rujukan kasar, dan bukan maklumat yang tepat. Perlu juga diketahui jika anda kerap menggunakan brek dan penekan minyak, kadar penggunaan bahanapi akan meningkat.

 

Nasihat dari kami, jangan diambil risiko, kelak merana diri dan poket anda!

 

 

 

Laporan asal dari Business Insider Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Reuters melaporkan, Suruhanjaya Perdagangan Korea (KFTC) berkata, Tesla sengaja membuat dakwaan…
Berita Global
Namun, teori yang bagus tidak akan bermakna selagi ia tidak dibuktikan di dalam ujian dunia sebenar…