Polis dari Balai Polis Pathum Wan yang tiba di lokasi mendapati kenderaan tersebut separa tenggelam dengan bahagian hadapan mengalami kerosakan dan tiga pintu kenderaan juga didapati terbuka.
Pemandu berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Chin mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Charoenkrung Pracharak untuk mendapatkan rawatan.
Keadaan mangsa bagaimanapun belum didedahkan, manakala pihak berkuasa masih menyiasat sama ada terdapat penumpang lain di dalam kenderaan ketika kejadian.
Menurut laporan media tempatan, Chin dipercayai bertengkar dengan ibunya berhubung bayaran sewa kondominium.
Beliau dikatakan meminta ibunya membantu menanggung kos tersebut, namun permintaan itu ditolak.
Susulan pertikaian itu, Chin didakwa memandu ke kawasan universiti sebelum menuju ke arah kolam berkenaan.
Pengawal keselamatan dilaporkan cuba menghalangnya, namun lelaki itu dipercayai memecut kenderaannya sebelum merempuh pagar dan memasuki kolam.
Pihak polis memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.