Bentuk sebenar Honda Civic 2022 sedan didedahkan - amacam?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali gambar Honda Civic generasi baharu tertiris di alam maya, akhirnya Honda sendiri mendedahkan secara rasmi rupa sebenar sedan Honda Civic 2022 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang kami dedahkan sebelum ini, Honda nampaknya telah membuat beberapa perubahan kecil terhadap rekaan hadapan, akan tetapi secara keseluruhan Honda Civic mula menampakkan diri sebagai sebuah Honda Accord mini dengan rekaan yang lebih elegan.

Baca: Gambar bocor Honda Civic di China 2022

 


Dari segi ruang kabin pula, tiada sebarang gambar rasmi dibekalkan, namun berdasarkan gambar lakaran yang didedahkan pada tahun lalu ia menjanjikan rekaan papan pemuka yang ringkas dan minimalis.

Honda Civic 2022 akan dipasang secara rasmi di kilang Alliston, Ontario, Kanada, sementara produksi Civic hatchback pula akan mengambil tempat di kilang Indiana dalam masa beberapa bulan selepas itu.

Pelancaran rasmi sedan Civic 2022 ini akan berlangsung pada 28 April menerusi acara yang disiarkan melalui saluran Twitch Live Nation dan Youtube Honda Stage.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…
Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…