Bentuk papan laju jadi platform EV Hyundai dan Kia pada masa depan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Satu komponen penting dalam pembuatan kereta adalah platform atau pelantar. Bagi menjimatkan kos dan menjadikan pembangunan dan pengeluaran kereta lebih cekap, pengeluar akan membina platform generik yang boleh diubahsuai dan digunakan untuk beberapa model lain.

Ada juga pengeluar yang membeli lesen daripada pihak lain untuk kenderaannya sendiri dan kesemua amalan itu adalah normal dalam industri kenderaan penumpang.

Baru-baru ini Hyundai Motor Group (HMG) mengumumkan kerjasama dengan Canoo bagi membangunkan platform kenderaan elektrik menggunakan reka bentuk papan laju syarikat dari Los Angeles itu.

Platform papan laju itu akan digunakan untuk model-model EV Kia dan Hyundai pada masa depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai Kona Electric
Hyundai Kona Electric

 

Selain mempunyai platform sendiri, Canoo juga adalah pengeluar EV untuk khidmat langganan dan kenderaan pertamanya akan dilancarkan pada 2021.

Sebahagian daripada kerjasama melibatkan Canoo menyediakan khidmat kejuruteraan bagi membantu dalam membangunkan platform EV yang boleh diubah suai mengikut spesifikasi Kia dan Hyundai.

Sasaran HMG ialah bagi mengeluarkan kenderaan elektrifikasi dengan kos berdaya saing dari EV saiz kecil sehingga kenderaan yang dibangunkan khas (PBV).

 

Hyundai Kona Electric
Hyundai Kona Electric

 

Turut disasarkan ialah pengurangan barisan pemasangan yang rumit untuk EV dan membolehkan reaksi pantas terhadap perubahan permintaan pasaran dan keutamaan pelanggan.

Platform papan laju yang dibangunkan Canoo menempatkan komponen paling kritikal kenderaan dengan fokus utama pada pengintegrasian fungsi. Ini bermakna kesemua komponen memenuhi sebanyak mungkin fungsi sekaligus.

 

Hyundai IONIQ Electric
Hyundai IONIQ Electric

 

Kejuruteraan pintar ini mengurangkan berat dan jumlah keseluruhan komponen seterusnya memberikan ruang kabin yang lebih luas dan paling penting penawaran EV yang lebih murah. Selain itu, platform Canoo boleh dipadankan dengan pelbagai reka bentuk kabin.

Dengan kerjasama ini, HMG menggandakan komitmen untuk melabur USD87 bilion (RM360.3 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menjana pertumbuhan masa hadapan.

USD52 bilion (RM215.3 bilion) dirancang untuk dilabur sehingga 2025 dalam teknologi masa hadapan manakala Kia akan melabur USD25 bilion (RM103.5 bilion) dalam teknologi elektrifikasi dan mobiliti masa depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…
Berita Global
  Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai: Pergerakan secara autonomi menggunakan Light…