Bentley umum pengedaran pertama SUV plug-in hybrid, Bentayga Hybrid

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama automotif mewah, Bentley telah berjaya mencatatkan sebuah lagi pencapaian apabila syarikat tersebut mengumumkan pengedaran pertama SUV Bentayga Hybrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia juga diraikan bersempena dengan ulang tahun yang ke-100 Bentley, dan diharapkan ia bakal memacu perjalanan Bentley untuk tempoh 100 tahun akan datang. 

Bentley Bentayga Hybrid bukan sahaja SUV mewah pertama di dunia yang menawarkan sistem sebenar plug-in hybrid, akan tetapi ia juga merangkap model paling efisien pernah diproduksikan oleh Bentley. 
 


Model pertama plug-in hybrid Bentley ini menawarkan enjin berkuasa 3.0 liter V6 turbo yang digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 126 hp dan 400 Nm yang mampu memberikan kusa pecutan pantas dalam sekelip mata. 

Walaupun tiada sebarang angka didedahkan oleh Bentley, namun mengikut data yang diberikan, SUV ini mampu menghasilkan daya kilas sebesar 700 Nm hasil daripada gandingan kedua-dua sistem itu tadi.

Dalam dunia sebenar, Bentley Bentayga Hybrid mampu memecut sepantas 5.5 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan maksimum 254 km/j.
 


Mengikut data kitaran WLTP, pek bateri pada sistem hibrid ini membenarkan Bentayga Hybrid bergerak dalam sifar emisi sejauh 39 km untuk sekali cas penuh dan jarak operasi gabungan sejauh 747 km.

Manakala sistem pengecasan pantas yang dibekalkan membolehkan pek bateri mencapai kapasiti penuh dalam masa 2.5 jam sahaja. 

Dari segi mod pemanduan, SUV plug-in hybrid ini menawarkan sehingga tiga mod pemanduan hibrid - 

  • EV Drive - tenaga diperoleh 100% daripada pek bateri sahaja
  • Hybrid Mode - sistem menggunakan informasi navigasi bagi mengoptimasikan penggunaan kuasa daripada kedua-dua sistem enjin dan hibrid
  • Hold - mod ini menggunakan penyeimbangan kuasa kedua-dua sistem untuk memberikan jarak operasi yang lebih jauh 

Dalam ketiga-tiga mod diatas, kuasa dipulihkan semula kepada pek bateri menerusi sistem brek regenerasi. 
 


Sebagai sebuah Bentley, Bentayga Hybrid turut menampilkan kabin yang paling baik di dalam dunia automotif, menggambarkan rekaan moden British dan boleh didapati dalam pelbagai pilihan dan opsyen kepada para pembeli. 

Bukan itu sahaja, warna luaran Bentley Bentayga Hybrid juga boleh didapati dalam 64 warna standard!

 


Dengan penghasilan Bentayga Hybrid, ia merupakan langkah pertama Bentley dalam menawarkan model-model hibrid dan varian elektrik untuk semua model menjelang tahun 2023. 

Jenama British itu juga merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik pertama Bentley 2025. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…