Bentley tawar 5,000 opsyen hanya untuk kemasan akhir ruang kabin sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah pengeluar automotif mewah yang wujud semenjak 1921, Bentley kini menawarkan pelbagai jenis opsyen kemasan yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan peribadi pelanggan mereka.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Dan bila mana kami katakan 'banyak', ia sebenarnya lebih daripada apa yang ditawarkan oleh sesetengah pengeluar automotif, malah untuk kemasan venir sahaja Bentley menawarkan lebih daripada 5,000 kombinasi yang turut merangkumi venir bercat, kayu liang terbuka, kemasan 'teknikal' dan kemasan batu!

Jadi adalah tidak menghairankan apabila kerja pertukangan ruang dalaman Bentley turut diiktiraf sebagai hasil yang terbaik dan menyamai kualiti perabot yang paling terbaik di dunia pernah dihasilkan.

Sebagai contoh, model Continental GT kini boleh didapati dalam tujuh kemasan spesis kayu yang berbeza, dan boleh dibuat dalam kemasan tunggal atau kemasan berkembar yang boleh dipilih menerusi opsyen Bentley Mulliner's Extended Veneer.

Namun, untuk pelanggan yang mahu lari dari kemasan tradisional tersebut, Bentley kini menawarkan beberapa opsyen pilihan seperti berikut:
 

Stone Veneer


Bentley memperoleh sumber batu slate dan kuarzit daripada kuari di Rajashtan dan Andra Pradesh, India sebelum dibentuk dan dikemaskan dengan menggunakan tenaga tangan.

Lapisan venir yang terhasil adalah sekitar 0.1 mm tebal, menjadikannya lebih ringan dan menampilkan kemasan natural liang terbuka dan tekstur batu asal.

Terdapat empat warna batu yang boleh dipilih iaitu Autumn White, Copper, Galaxy atau Terra Red.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan kemasan tunggal atau kemasan berganda dengan kombinasi warna Grand Black berkilat.


Piano Painted Veneer


Bagi mereka yang mementingkan penampilan warna yang menarik, Bentley menawarkan opsyen Piano Painted Veneer dengan kemasan ultra-moden terhadap ruang dalaman kereta mereka.

Kualiti venir yang sama dipilih bagi memastikan kemasan permukaan yang sempurna, di mana ia akan diampelas dengan menggunakan tenaga tangan sebelum dibubuh lapisan lakuer, dan diakhiri dengan gilapan menggunakan bulu kambing untuk kemasan ala-ala cermin.

Terdapat sehingga 88 warna berbeza yang boleh dipilih, atau lapan warna dalaman seperti Beluga, Burnt Oak, Cricket Ball, Cumbrian Green, Damson, Imperial Blue, Linen atau Porpoise.
 

Open-Pore Veneers


Sesetengah pemilik tidak gemarkan penampilan yang berkilat, jadi Mulliner menawarkan opsyen venir liang terbuka yang dikemaskan dengan lapisan perlindungan lakuer matt yang sangat tipis, iaitu 0.1 mm.

Sebagai perbandingan, kemasan akhir lakuer High Gloss memiliki ketebalan 0.5 mm, dan mempunyai kualiti kemasan yang sangat licin dan berkilat.

Ia boleh didapati dalam warna Liquid Amber, Dark Burr Walnut dan Tamo Ash.
 

Kemasan Teknikal


Kemasan teknikal yang dimaksudkan oleh Bentley merupakan penawaran trim gentian karbon yang berkilat bagi menggantikan panel venir untuk penampilan dalaman yang lebih kontemporari, dan sporti.

Untuk menghasilkan kemasan yang unik, proses resin optik menggandakan penampilan tiga dimensi sulaman gentian karbon itu tadi bagi menjadikan permukaan geometrik yang lancar mengalir dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.

Khusus untuk model Bentayga, terdapat trim khas yang dinamakan sebagai 'dark tint diamond brushed aluminium finish' yang menggunakan teknik pemberusan aluminium dari pelbagai arah untuk mencapai efek tiga dimensi yang lebih kontemporari.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rangkaian kuasa Ultra Performance Hybrid menggabungkan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar…
Berita Global
  Juga kali pertama dalam sejarah Continental GT, model berhud (convertible) Continental GTC…
Berita Global
Penamatan pengeluaran untuk rangkaian Continental dan Flying Spur menandakan langkah seterusnya…