Bentley tamatkan produksi enjin V8 berusia 61 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Setiap yang baik, dan ada permulaan perlu mempunyai pengakhiran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepertimana Proton setia menjual kereta enjin karburetor di zaman moden semenjak tahun 1985, mereka terpaksa juga akur dengan pasaran.

Samalah juga halnya dengan Bentley yang selama ini setia dengan enjin V8 L-Series yang diproduksikan dari tahun 1959, di mana hari ini merupakan hari bersejarah penamatan produksi enjin tersebut.

 


Enjin L-Series tersebut diperkenalkan bagi menggantikan peranan enjin enam silinder sebaris dan bertujuan untuk menawarkan prestasi yang lebih tinggi.

Ia mula digunakan pada model Bentley S2 dengan output sekitar 180 kuasa kuda, satu angka yang sangat baik pada ketika itu.

Dan semenjak daripada itu, Bentley berterusan menambah baik enjin V8 yang sama (dengan saiz bore dan konfigurasi yang tidak berubah!) sehinggalah hari ini di mana enjin tersebut mampu menjana 530 kuasa kuda dan 1,100 Nm daya kilas seperti yang terdapat pada Mulsanne Speed.

 


Dalam tempoh produksi selama 61 tahun itu, Bentley telah menghasilkan 36,000 unit enjin V8 L-Series di mana setiap satu memakan masa 15 jam untuk disiapkan menggunakan tenaga tangan!

Unit pengakhiran enjin L-Series akan diabadikan pada salah sebuah daripada 30 model edisi terhad Mulsanne 6.75 Edition by Mulliner.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, enjin V8 Honda pernah mengaum untuk acara sukan seperti Formula 1 dan siri…
Berita Global
Jadi apabila penyampung legasinya, W206 muncul pada tahun 2022 dengan nadi 2.0 liter 4 silinder…
Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…