Bentley mungkin akan dijadikan subsidiari Audi, tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen merancang untuk menjadikan syarikat pembuat kenderaan mewah British Bentley sebagai sebuah subsidiari di bawah divisyen Audi, menurut laporan daripada media Jerman Automobilwoche.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik daripada sumber yang dipercayai, Bentley bakal menjadi sebahagian daripada Audi bermula tahun hadapan, di mana teknologi Audi bakal digunakan untuk pembangunan model SUV baharu Bentley.

Selain daripada itu, generasi baharu Continental GT dan Flying Spur bakal menggunakan platform baharu Premium Platform Electrik (PPE) yang kini sedang dibangunkan oleh Audi dan Porsche.

Menariknya, menerusi langkah tersebut, kenderaan masa hadapan Bentley dikatakan akan menjadi lebih ringkas dalam usaha untuk mempromosikan kemewahan yang lebih lestari.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…