Bentley Mulliner Batur - grand tourer 730 hp, 1000 Nm, 18 unit, habis terjual

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum Bentley menamatkan penawaran model berenjin pembakaran dalaman pada masa akan datang, pengeluar itu tampil dengan sebuah model yang disifatkan sebagai paling berkuasa di dalam sejarah - Mulliner Batur.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Model grand touring coupe ini menampilkan enjin bentangan W12 6.0 liter turbo berkembar yang telah ditala semula menampilkan sistem kemasukan baharu, unit pengecas turbo dinaiktaraf, intercooler yang lebih besar serta dilengkapi dengan sistem ekzos titanium.

Selain daripada itu, para jurutera turut menjalankan proses kalibrasi semula terhadap enjin tersebut, di mana ia kini berupaya menghasilkan lebih daripada 730 hp dan daya kilas 1,000 Nm!
 

batur


Sebagai perbandingan, ia jauh lebih berkuasa berbanding Bentley Continental GT Speed yang mampu memecut sepantas 3.5 saat dari 0-96 km/j.

Setakat ini, prestasi pecutan tidak didedahkan secara rasmi, model tersebut dilengkapi dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan, sistem stereng empat roda, torque vectoring dan LSD elektronik.

Mulliner Batur ini juga turut menampilkan sistem suspensi udara adaptif dan sistem kawalan anti-oleng aktif berkuasa elektrik yang mampu menyalurkan tork anti-oleng sebesar 1,300 Nm dalam masa 0.3 saat.
 

batur


Sistem brek Carbon-Silicon-Carbide (CSiC) pula terdiri daripada angkup 10 omboh dan rotor 440 mm di depan, diikuti dengan angkup empat omboh dan rotor 410 mm di belakang.

Rekaan luaran Mulliner Batur ini merupakan satu evolusi terhadap bahasa rekaan yang digunapakai oleh Bentley, di mana ia menandakan peralihan syarikat itu ke arah menjadi sebuah pengeluar EV sepenuhnya kelak.

Antara ciri unik termasuklah rekaan jeriji yang lebih rendah dan menegak untuk penampilan yang lebih meyakinkan, 'endless bonnet', serta rekaan lampu yang lebih minimalis.
 

batur


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim bersaiz 22 inci sementara bahagian belakang pula menampilkan garis bahu yang lebih menonjol diikuti dengan unit lampu belakang yang lebih nipis.

Aspek aerodinamik merangkumi komponen seperti splitter hadapan, skirt sisi, diffuser belakang yang diperbuat daripada gentian karbon atau gentian asli, manakala bahagian atas lampu belakang pula menempatkan spoiler berkuasa yang boleh disembunyikan.
 

batur


Untuk ruang kabin, pembeli boleh memilih apa jua penggunaan bahan untuk dipadankan bermula dari venir bahan komposit gentian asli sehinggalah kepada trim kayu tradisional, manakala sesetengah butang fungsi pula boleh dibuat daripada emas 18K yang dihasilkan menggunakan teknik percetakan 3D.

Hanya 18 unit sahaja Bentley Mulliner Batur yang akan diproduksikan, dan (seperti yang dijangka) kesemua unit sudah pun habis terjual dengan harga bermula dari £1.65 juta (RM8.75 juta).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, kesemua 18 pemilik tersebut diberikan opsyen untuk menaiktaraf sistem audio jentera mereka…
Berita Global
Hanya 18 unit sahaja yang akan diproduksikan, dan setiap satu dilengkapi dengan enjin W12 6.0 liter…