Bentley mulakan produksi sedan terpantas di dunia, Flying Spur

oleh Mohamad Hanif|
Setelah melakukan ujian terhadap 142 buah prototaip dan sebuah kereta pra-produksi yang telah bergerak sejauh 1.6 juta kilometer, akhirnya pengeluar Bentley bersedia untuk memulakan produksi model Flying Spur 2020.

Dikatakan sebagai model paling termaju pernah dibina menggunakan tenaga tangan, Bentley Flying Spur dipasang oleh sekumpulan 200 orang pekerja di fasiliti Crewe, England. 
 


Menurut ahli lembaga unit pembuatan Bentley, Peter Bosch berkata, "model baharu Flying Spur ini merupakan satu contoh arca seni yang dibina menggunakan bahan berkualiti tinggi, serta kemasan yang menggambarkan sebuah Bentley.

"Ia mampu menawarkan karakteristik sebagai sebuah sedan sports yang lincah, akan tetapi masih mampu memberikan pengalaman sebagai sebuah limosin kontemporari. 

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, Flying Spur 2020 menerima penambahan dimensi jarak antar roda sebanyak 130 mm, sekaligus memberikan ruang kabin yang lebih luas. 
 


Flying Spur dibangunkan atas platform yang sama dengan Continental GT, dan ia dikuasakan oleh enjin W12 turbo berkembar 6.0 liter yang mampu menghamburkan 626 kuasa kuda dan 900 Nm daya kilas. 

Kuasa yang terhasil disalurkan kepada sistem transmisi automatik klac berkembar lapan nisbah kelajuan yang memacu kesemua empat roda. 

Walaupun dengan berat menghampiri 2.5 tan, Bentley mendakwa Flying Spur merupakan sedan terpantas di dunia, dengan pecutan sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi 333 km/j. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga diraikan bersempena dengan ulang tahun yang ke-100 Bentley, dan diharapkan ia bakal memacu…
Berita Global
Sama seperti apa yang dibawakan oleh Bentley menerusi model EXP 100 GT, sebuah Grand Tourer dengan…
Berita Global
Setelah meraikan rekod terpantas di Pikes Peak dan pengenalan model konsep EXP 100 GT, sambutan 100…