Bentley mahu hentikan enjin 12 silinder W12, sempat lagi tempah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bentley Batur W12
Bentley Batur W12
Dunia automotif kini sedang bergerak ke arah teknologi pacuan elektrifikasi dan lebih pantas dirasai di benua Eropah.

Apabila teknologi elektrik mengambil tempat, enjin pembakaran dalaman perlu ditamatkan.

Ini dilakukan Bentley yang mahu menghentikan pengeluaran enjin petrol 12 silinder W12 silinder pada April 2024.

Pada masa itu, lebih daripada 100,000 unit enjin W12 buatan tangan dikeluarkan di kilang Dream Factory Bentley di Crewe, England.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Bentley Batur W12

 

Penamatan itu dibuat bagi mempercepatkan rancangan Bentley untuk kesemua model menggunakan teknologi elektrifikasi pada permulaan dekad baharu nanti.

Misi tersebut telah pun bermula melalui penawaran Bentayga dan Flying Spur Hybrid dan sambutannya melebihi jangkaan Bentley.

Setelah pengeluaran W12 tamat tahun depan, kesemua model Bentley akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid.

 

Bentley Batur W12

 

Penamatan itu tidak dibuat begitu sahaja dan Bentley telah pun memulakan kerja-kerja pembangunan enjin W12 paling berkuasa.

18 pemilik edisi terhad Bentley Batur akan mengunakannya dan bakal menikmati kuasa 750 ps dan tork 1,000Nm!

Angka itu meletakkan Batur sebagai kereta jalanan Bentley paling berkuasa pernah dihasilkan.

 

Bentley Batur W12

 

Mereka yang berkemampuan dan terlepas Batur masih boleh mendapatkan Continental GT, Bentayga dan Flying Spur dalam varian Speed 

Turut ditawarkan dengan enjin W12 ialah Continental GT Mulliner dan Flying Spur Mulliner.

Berikut ringkasan enjin W12 Bentley:

  • Enjin W12 6.0 liter turbo berkembar diperkenal pada 2003
  • Konfigurasi unik W bermaksud ukuran enjin 24 peratus lebih pendek berbanding enjin V12 lain 
  • Ciri itu membolehkan 'packaging' yang lebih baik dan memaksimumkan ruang boleh guna kabin kereta
  • Telah melalui pelbagai pembaharuan dalam tempoh 20 tahun dengan kuasa ditingkatkan 37 peratus dan tork 54 peratus
  • Pelepasan emisi dkurangkan kepada 25 peratus
Bentley Continental GT Speed

 

  • Penambahbaikan peringkat awal merangkumi sistem kawalan, reka bentuk pelincir dan penyejukan, teknologi pengecas turbo dan proses pancitan dan pembakaran
  • Bentayga yang dilancarkan pada 2015 menggunakan enjin yang direka semula dan kekal sehingga kini
  • Versi terbaru menggunakan teknologi nyahaktif silinder, pancitan terus dan liang (port injection) dan turbo skrol berkembar
  • Setiap enjin W12 dipasang dengan tangan oleh staf pakar dan memakan masa lebih 6.5 jam

 Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bentley Continental GT Speed

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…
Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…