Bentley jual sofa yang diperbuat daripada habuk marmar!

oleh Mohamad Hanif|
Bentley yang kita kenali merupakan sebuah syarikat automotif mewah, namun tahukah anda Bentley juga sebenarnya turut menceburi bidang perniagaan bukan automotif seperti kedai makan dan juga perniagaan perabot.

Baca: #2kerja: Kerja Sambilan yang dilakukan oleh pengeluar automotif

Akan tetapi, perabot yang dihasilkan oleh Bentley bukanlah sama taraf dengan Ikea pakai buang, akan tetapi perabot mewah yang sudah pasti lebih mahal daripada sebuah Perodua Ativa.

Produk perabot terbaharu yang diperkenalkan oleh Bentley merupakan sebuah sofa Ramsay yang diperbuat daripada serbuk batu marmar yang dinamakan sebagai MARM\MORE.

Kedengaran aneh bukan?

 


Bahan MARM\MORE ini pada asalnya merupakan hasil sampingan daripada produksi batu marmar, di mana serbuk (atau habuk) itu tadi dicampurkan dengan bahan komposit khas untuk membentuk sebuah filem mikro cecair, dan kemudiannya dicampurkan dengan tekstil untuk membentuk fabrik.

Produk Ramsay terdiri daripada sofa dan loveseat yang boleh didapati dalam warna light grey atau natural green, namun anda sendiri boleh memilih kusyen daripada kulit.

Sementara seksyen kayu pula boleh didapati dalam warna warm grey fiddleback sycamore, burr walnut root, smoked liquid ambar atau balutan kulit.

 


Selain daripada sofa, anda juga boleh menambah meja Styal yang diperbuat daripada kayu, atau Aldford yang memiliki bahagian atas yang diperbuat daripada batu marmar dengan kemasan Calacatta atau Valentine Grey.

Sama seperti sofa, terdapat beberapa pilihan kemasan untuk bahagian kayu seperti burr walnut, smoked liquid ambar atau balutan kulit.

Harga jualan tidak diberitahu, namun ia bukanlah satu masalah besar bagi golongan sasaran pembeli perabot Bentley ini.

 

 

Ramsay

 

Styal

 

Aldford

Berita Berkenaan

Berita Global
“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” menurut berita tersebut…
Berita Global
  Penamatan itu dibuat bagi mempercepatkan rancangan Bentley untuk kesemua model menggunakan…
Berita Global
Hanya 18 unit sahaja yang akan diproduksikan, dan setiap satu dilengkapi dengan enjin W12 6.0 liter…