Bentley hasilkan Bentayga bertemakan tarian ballet Russia

oleh Mohamad Hanif|
Bukanlah satu perkara yang aneh apabila terdapat pengeluar automotif yang hadir dengan produk bertemakan seni sesebuah negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lihat sahaja pada Bentley yang lebih dikenali sebagai sebuah jenama ultra-premium, di mana mereka baru-baru ini memperlihatkan enam buah Bentayga yang dihasilkan khusus sebagai memperingati warisan tarian ballet Russia.
 

Russia


Setiap satu daripada enam buah SUV mewah itu diberikan layangan warna (tiga unit  berwarna tona tunggal, tiga warna dua tona) dan trim dalaman yang tersendiri, selain menampilkan sulaman khas bertemakan tarian ballet pada bahagian belakang tempat duduk dan panel di bahagian penumpang.

Lebih menarik apabila setiap satu SUV itu diberikan nama yang berbeza berdasarkan pergerakan tarian ballet pada ambang pintu.
 

russia


Bentley Bentayga Speed Russian Ballet Collection ini menggunakan asas daripada Bentayga Speed yang dilengkapi enjin V12 6.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 626 kuasa kuda dan daya kilas 900 Nm.

Usah ditanya harga yang diminta, memandangkan keenam-enam unit SUV ini telah pun habis ditempah dan bakal dihantar kepada pemilik di Russia menjelang akhir tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…
Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…