Bentley Flying Spur S muncul secara rasmi - pilihan nadi V8, atau V6 PHEV, 0-100 kmsj 4 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Bentley meluaskan lagi penawaran produk bertaraf ultra mewah dengan memperkenalkan model Flying Spur S, mendahului debut yang bakal dibuat di acara Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Tidak seperti model biasa, Flying Spur S menampilkan kemasan warna hitam pada beberapa komponen seperti gril hadapan, lower fascia, liang kemasukan sisi, perumah cermin sisi, kemasan sekeliling tingkap, aksen bampar belakang dan tip ekzos.

Unit lampu depan dan  belakang pula diberikan kemasan lensa berwarna, diikuti dengan pilihan rim bersaiz 22 inci (kemasan hitam berkilat atau Pale Brodgar Satin) atau rim 21 inci (kemasan gabungan hitam berkilat dan logam bermesin terang), serta lencana S menghiasi fender hadapan.
 

Flying Spur S


Disebalik rim tersebut terpampang penggunaan angkup brek berwarna merah yang menyerlahkan lagi rupa paras sporti sedan ini.

Untuk ruang kabin, Bentley membawakan penggunaan bahan Dinamica (seakan suede) pada roda stereng, tombol gear dan tempat duduk, balutan kulit buatan tangan, serta sulaman lencana S atau sayap Bentley pada perehat kepala.
 

Flying Spur S


Antara ciri lain termasuklah paparan grafik baharu pada kluster instrumen yang dipinjamkan daripada model Continental GT Speed, lencana S pada papan pemuka serta plet ambang pintu bercahaya Bentley S.

Tidak seperti model Continental GT dan Bentayga, Flying Spur S boleh didapati dengan pilihan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 550 PS/770 Nm, atau pilihan enjin plug-in hibrid 2.9 liter bentangan V6 dengan bantuan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa gandingan 544 PS dan 750 Nm.
 

Flying Spur S


Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4 saat, sementara model PHEV pula adalah lebih perlahan, sekitar 4.1 saat namun ia mampu menawarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 41 km.

Secara standard, Bentley Flying Spur S dilengkapi dengan ciri Bentley Dynamic Ride 48 Voltan, sistem stereng semua roda elektronik, diikuti dengan ciri ekzos sports untuk model V8 atau talaan 'bunyi' pada mod Sport untuk model Hybrid.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sistem Suhu Automatik Apabila penumpang belakang memilih satu daripada tujuh tahap suhu yang…
Berita Global
Memfokuskan kepada prestasi pemanduan serta rupa paras yang lebih sporti, beberapa perubahan…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…